Pohon jati tinggi melangit
kian lupa rumput di bumi
pernah dulu bergurau senda
berlumba-lumba mengejar mentari.
Pohon jati tinggi melangit
menyusun kata hebat belaka
mendabik dada hingga terlupa
Tinggi dirinya tiada lama
Kelak bernoktah di hujung waktu.
Rumput melangut ke arah jati
simpati dan hasad bersilih ganti
hingga terlalai maksud diri
dicipta berbeza sedemikian rupa
meratap hiba nasib sendiri.
Moga rumput dan pohon jati
bertemu segera landasan insaf
yang terbentang luas untuk ditelusuri
yang terbentang luas untuk dinikmati.
5 ulasan:
hmmmmmm..dalam sekali maknanya.
Dunia hanyalah fana .. tidak ada yang abadi selayaknyalah kita mendekatkan diri ..insyaf dan bertaubat kepada Sang Pencipta.
Siapa yang mengirim Nur?
Kata seorang kawan, karya itu sangat jelek... terlalu banyak perlu dibaiki.
KABASARAN
Mudah-mudahan ada yang mampu mengerti...sama-samalah kita merenung diri...:)
Fizahanid,
Kawan itu mestilah seorang kawan yang baik. Beliau ingin melihat kawannya melakukan yang lebih baik kerana karya yang telah dihasilkan itu tidak boleh dinafikan memang baik. Saya suka membacanya.
Nur dibawa oleh seorang insan yang menjadi belahan jiwa...:)
Seandainya helaian waktu terhenti luruh..bahtera setiaku tetap utuh..
NONG
Setia itu kunci percaya. Hilang setia, terkuncilah percaya...:)
Mudah-mudahan bahtera setiamu sentiasa belayar di laut yang tenang.
Catat Ulasan