Khamis, 19 Februari 2009

Jika

Jika dapat kudakap
sebuah keizinan
Jika dapat kurebut
sebuah kesempatan
Jika dapat kugapai
sebuah ukhuwah
Akanku telusuri
onak duri denai itu
yang menanti kehadiranku
demi mengutip buah ilmu
demi mengisi lohong minda
yang kehausan
yang ketandusan
untuk bekalan meniti
sebuah kehidupan.

2 ulasan:

Little Mike (LM) berkata...

dakap la.. capai la.. pergi la.. anda bisa ke sana kerana anda HANYA perlu membuat pilihan..

aranam berkata...

Little Mike
Ya...mudah-mudahan jalan yang dipilih sentiasa benar. Terima kasih.