Selasa, 10 Februari 2009

Rindu

Anak muda berkain pelekat,
Berkain pelekat kereta dipandu,
Bila jauh rindu mendekat,
Bila dekat menjauhkah rindu?

Kuih keria digaul disira,
Dimakan habis sebelum senja,
Anak-anak riang gembira,
Menyambut ayah pulang kerja.

Upah sedikit buat belanja,
Pergi ke pasar beli belanak,
Ketika menginjak usia senja,
Terbayang wajah si kecil anak.

Badang gagah lagi perkasa,
Merajuk hati duduk di rawa,
Anak kecil sudah dewasa,
Rindu disimpan di lubuk jiwa.

3 ulasan:

NONG berkata...

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan..

Peeeweeet...

'ANDAI RINDU ITU SATU HUKUMAN, AKULAH YANG PALING MENDERITA' kerana aku adalah pencinta rindu.

aranam berkata...

NONG

Merindu itu indah. Namun kadang-kadang menyakitkan.

NONG berkata...

Betul tu aranam...
rindu, kalau sudah mula bertandang mari..sengsara juga o. Namun tanpa perasaan rindu, hidup kita menjadi terlalu kekurangan.Malah tanpa rindu, akan tamatlah riwayat segalan kenangan pahit manis yang pernah tercipta..