Isnin, 23 Februari 2009

Senyum, Buku, dan Terima Kasih


Redup mata penuh rahsia,
Sambil menghulur sekuntum bunga,
Ole-ole dibawa dari Malaysia,
Senyum terukir sampai ke telinga.

Jalan-jalan sampai ke Kedah,
Sambil mencari daun turi,
Sebaris buku tersusun indah,
Terkandung ilmu untuk ditelusuri.

Air diminum sesudah makan,
Disambung kerja mengetam padi,
Terima kasih saya tujukan,
Buat tuan yang berbudi.

3 ulasan:

Junid Bin Gunsalam berkata...

hhe..sy blm kenal ko. tapi harap2 kita kenal satu hari nanti. selamat kita berblog. komen dan pandangan ko amat diperlukan dalam blog sy. tq

Kabasaran Soultan berkata...

ada budi dan ada talas
dimasak jadi makaman orang
orang berbudi dan lagi cerdas
tempatnya pasti disayang orang

aranam berkata...

Junid Bin Gunsalam
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Menelusuri Ilham.

KABASARAN
Kalau kita disayangi orang memang amat menyenangkan...Terima kasih kerana sering berkunjung ke sini.