Jumaat, 20 Februari 2009

Ikatan

Hidup dalam suatu ikatan. Selain percaya, kita perlu setia. Kita sedia maklum untuk membina sebuah ikatan yang utuh dan kukuh, begitu banyak yang perlu kita penuhi. Perlu disedari oleh setiap yang terlibat dalam ikatan tersebut.

Tidak perlulah disenarai satu-persatu ikatan apa yang memerlukan setiap ahlinya sedar dalam memikul tanggungjawab demi menjaga sesebuah ikatan. Atau ada yang ingin menyenaraikan?

Kalau ada yang tidak sedar tentang tanggungjawab yang perlu dipikul, mudah sekali ikatan itu akan menjadi longgar. Tegang pun tidak diperlukan kerana lebih cepat pula ikatan itu terputus. Pun begitu kehadiran unsur tegang itu akan menjadikan sesebuah ikatan lebih berwarna. Terserah kita bagaimana mahu menanganinya.

Ketegangan atau konflik yang timbul dalam sesebuah ikatan jika tidak ditangani dengan kadar segera dan juga secara bijaksana sudah pasti akan mengundang padah. Begitu juga jika konflik yang wujud ditambahburukkan lagi dengan penglibatan kelompok lain yang datang dari luar. Benar. Kadang-kadang memang amat membantu.

Tidak kurang juga yang menyumbang kepada terlerainya sebuah ikatan. Sering kali menjadi bertambah rumit. Seelok-eloknya usah libatkan pihak ketiga. Cuba sedaya-upaya selesaikan sendiri. Saling memaafkan amat penting.

Apabila sudah memberikan kemaafan, pastikan kemaafan itu ikhlas. Jika tidak, tentu akan memakan diri. Bagaimana dengan anda? Adakah panduan yang boleh dikongsi demi menjaga sesebuah ikatan? Panduan menangani konflik? Kalau ada, sudi-sudikanlah berkongsi di sini.

2 ulasan:

Little Mike (LM) berkata...

ikatan yang terbaik bagi saya ialah bila anda marah, sedih, terluka, terguris, putus asa dengan pasangan ia membawa kepada PERBINCANGAN bukan kepada PERPISAHAN...

aranam berkata...

Little Mike
Itulah yang sebaik-baiknya. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Menelusuri Ilham.