Isnin, 30 Mac 2009

Senyum Untukku

Nafasku semakin menderu. Saat ini, telingaku mula terasa panas. Tentu warnanya sudah seperti udang kukus, ataupun udang masak mentega kegemaranku. Ah! semua itu tidak mampu merawat bengkak hatiku sekarang ini.

Sejak aku mendengar tentang kebenaran yang disuarakannya padaku, aku langsung tidak memandang wajahnya walau sekali. Aku hairan, bagaimana dia boleh terlupa benda sepenting itu. Walhal dia tahu, itulah tujuan utama kami mahu berpergian ketika ini. Cuai. Memang cuai.

Menyusahkan. Menyusahkan betul. Sekarang, setelah hampir dua kilometer meninggalkan rumah, terpaksa pula berpatah balik. Membazir betul. Tidak putus-putus kesalku melanda.

Telingaku dapat menangkap dengan jelas esak tangisnya. Dalam panas membara yang menyelinap bebas menguasaiku, langsung tidak terkesan kesedihannya di hatiku. Dalam keadaan jiwa yang panas membara, aku membuat pusingan U tergesa-gesa.

Serentak itu juga, keadaan yang tidak kusangka-sangka, berlaku. Abang! jeritnya ketakutan. Ayah! jerit anak-anakku, juga ketakutan. Bunyi hon bertalu-talu, panjang. Dan, kereta Kancil itu memecut laju di hadapan. Aku tidak mampu menahan debar. Bara membahang yang menguasaiku sebentar tadi perlahan-lahan sirna.

Oh! maafkan Aku, suriku. Maafkan Aku kerana menyeksamu begini. Esak tangismu tidak kuhirau. Pohonlah kemaafan dariku sekarang juga. Pasti. Aku pasti akan memaafkanmu tanpa bertangguh.

Kalau kau masih terus menangis, masih terus diam membisu, hatiku akan terusik lagi. Hatiku akan membara lagi. Pohonlah kemaafan dariku sekarang juga. Aku menanti, dan terus mengharap di dalam hati.

Tiba-tiba, pemanduanku serba tidak kena. Kereta tidak bergerak lancar seperti biasa. Aku segera memperlahankan kereta dan berhenti di sebelah kiri jalan. Aku keluar dan memeriksa tayar. Pancit. Satu tayar pancit, tayar belakang sebelah kiri. Aku memicit-micit kepalaku. Sakit. Pening. Bingung. Meluru pelbagai persoalan di benakku. Apa akan terjadi kalau kami tidak berpatah balik? Adakah Aku yang bersalah kerana gagal mengawal emosiku? Saat ini, jauh di sudut hatiku, Aku hanya mampu mengatakan ini...maafkan Aku, wahai isteriku! Aku memandangnya. Dia juga memandangku, sayu.

Sekali lagi kuulangi, "Maafkan Abang."

Dan air matanya pun mengalir lagi sambil bibirnya menguntum senyum. Senyum untukku.

10 ulasan:

Pena Alam berkata...

aduh teramatlah romantiknyaaa....itulah ciri-ciri terbaik ada pada kaum adam, cepat panas dan cepat pula sejuk, ahh..manisnya kamu :-)

aranam berkata...

Cepat panas, cepat sejuk...setuju... :)

Budak Gemok berkata...

Terima kasih di atas doa.

Fizahanid berkata...

Aranam,

"Dalam Dakap New York' mahu die-melkan tetapi tidak tahu ke mana dituju. hehehehe..

Kabasaran Soultan berkata...

Hmmm . AMrah itu sangat manusiawi kawan. Tapi marah yang berkelanjutan adalah pintu masuknya syaitan.

Lupa itu adalah sangat manusiawi kawan. Memarahi orang yang lupa adalah suatu pekerjaan bodoh.

he-he-he

aranam berkata...

Mujur amarah dan lupa itu tidak berlanjutan. Mujur juga Aku di dalam 'Senyum Untukku' cepat sedar dan isterinya cepat ingat... :)

Pena Alam berkata...

yang penting 'aku' dalam ;senyum untukku' itu sangat manis dan romantik...hehehe..:-)

aranam berkata...

Budak Gemok,

Terima kasih kembali.

aranam berkata...

Pena Alam,

Perwatakan 'Aku' yang begitu...romantik? Hehehe... :)

Pena Alam berkata...

..ya aranam!