Isnin, 9 Mac 2009

Rindu Bertandang (2)

Ibu dan Ayah
Kelak rindu kita
Akan terubat jua.

Pabila musim bunga
Mula melambai pergi
Saat itulah kita kan bertemu.

Tika ini
Bersabarlah menanti
Kerana musim bunga
Baru saja datang bertamu.

4 ulasan:

KABASARAN berkata...

Ibu dan Ayah
Hati ini dah rindu
Rindu yang mengharu
Rindu yang membiru
Tak kan lama
Kubiarkan
Kalian menunggu
Jangan biarkan
daku
Menunggu
Dibalik pintu


it is really nice poem Aranam

Fizahanid berkata...

Sungguh rindu..
hendak balik kampungkah?

aranam berkata...

KABASARAN
Terima kasih. Puisi Saudara juga indah.

Fizahanid
Bila semakin dekat waktu untuk bertemu, semakin kuatlah rindu...seperti selalu.

NONG berkata...

Andai rindu itu suatu hukuman..
akulah yang paling menDERITA..