Sabtu, 20 Disember 2008

Yang Berkata-kata itu, Orang...

Ada orang pernah berkata, suami sibuk bekerja, isteri sibuk menelefon sekadar bertanya suaminya, sudah makan atau belum
walhal berbicara, bersoal dan berjawab tidakpun sampai seminit
walhal si isteri menelefon ketika waktu perut suami perlu diisi, ketika waktu makan tengahari, atau ketika waktu kerja sudahpun berakhir dua jam yang lalu....
Orang yang berkata itu, tidak pernah mengambil tahu atau mengangkat kisah
ketika suami baru tiba di rumah, nasi belum dijamah, telefon berbunyi dan bercakap hal kerja lebih sepuluh minit sehingga nasi dan lauk menjadi sejuk sambil dihadap anak-anak dan isteri.
Orang yang berkata itu, mengharap isteri-isteri yang suaminya sibuk bekerja memahami betapa sibuknya suami mereka dan usahlah selalu mengganggu suami ketika sedang bekerja.
Orang yang berkata itu entah sedar entah tidak kata-katanya itu telah mengguris hati isteri-isteri yang sudah sedia terguris tanpa siapa menyedari, tanpa ada siapa ambil peduli.

Tiada ulasan: