Khamis, 18 Disember 2008

Gelora berombak di dada

Gelora berombak di dada
Menyaksi dunia yang kian pincang
Terngiang-ngiang rintihan pedih
Generasi semalam menyesali diri
Kesudahannya terhenti

Gelora berombak di dada
Memandang dunia yang kian longlai
Menanggung sarat azab sengsara
Perilaku manusia tiada pedoman
Menyulam kembali kesilapan semalam

Gelora berombak di dada
Menyelak tirai esok
Menyangsi kesudahan yang tiada pasti
Kekesalan semalam kini bernanah
Terus-terusan esok ternoda
Kian membusuk di laut harapan.

Tiada ulasan: