Sabtu, 20 Disember 2008

Bapaku tersenyum

Pernah dulu bapaku tersenyum bila mendengar aku berbicara. Dulu...sudah lama. Sudah lebih satu setengah dasawarsa. Apabila kusedari senyum di wajahnya, lantas aku ingin tahu kenapa. Menurut bapaku, ketuanya menggunakan perkataan limpas tapi aku menggunakan perkataan lalu. Itulah yang membuat bapaku tersenyum sendirian. Mungkin ketika itu, perkataan limpas belum diserap ke dalam Bahasa Melayu. Kini, limpas sudah ada di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. Insya-Allah...tahun depan akan kukhabarkan kepada bapaku bahawa perkataan limpas sudah ada di dalam Kamus Dewan. Khabarkan sekarang? Kufikir tidak sesuai.

Tiada ulasan: