Sabtu, 20 Disember 2008

Si Penjual Kuih

Si penjual kuih
menjual kuih di luar pagar
sekolah agama tempatku belajar
berduyun-duyun kami membeli
tika loceng rehat berbunyi kling kling kling.

Si penjual kuih
terfikirkah ia
kelak kuih-kuihnya akan dirindui
kelak kuih-kuihnya akan dicari-cari
oleh anak-anak kecil yang kini telah dewasa

Si penjual kuih
masihkah lagi ada di situ
menjual kuih di luar pagar
di luar pagar sekolah tempatku belajar.

Tiada ulasan: