Jumaat, 5 Disember 2008

Penghujung Musim Luruh


Musim luruh hampir tiba ke penghujungnya. Pokok-pokok sedang bersiap menghadapi musim salji yang bakal tiba tidak lama lagi. Anak kecilku sendiri faham benar yang pokok-pokok tanpa daun, berwarna hitam di tepi jalan sedang sedia untuk tidur. Tidur lama sepanjang musim salji. Hari kesepuluh bulan November baru-baru ini, salji sudah turun buat kali pertama. Agak lebat juga salji yang turun tapi tidak lama ia kekal putih. Segera cair apabila tiba ke bumi. Di puncak Gunung Chimgan, mungkin sudah mula memutih dilitupi salji. Ketika musim panas baru-baru ini, puncak Chimgan tersergam indah. Jelas sekali keindahannya tanpa kabus mengaburi pandangan.

Tiada ulasan: