-i-
Sepi itu indah jika kita berdaya menikmati keindahannya.
Sepi itu pahit jika kita terpaksa berada di dalamnya.
-ii-
Pepohon yang kekeringan ketika kemarau melanda, bertahan menanti titisan air.
Pepohon yang kekeringan ketika musim luruh, bertahan menanti musim berganti.
Rabu, 31 Disember 2008
Selasa, 30 Disember 2008
Dunia Kian Kejam
Di celah-celah runtuhan batu
mengalir darah merah yang masih segar
milik seorang anak kecil
yang sudah tidak bersuara
Baru sebentar tadi
anak kecil itu leka bermain
sesekali memandang ibu di dapur
sesekali menatap ayah yang sedang tidur
Dentuman itu berbunyi lagi
Kedengaran cuma tangisan sayu
Kelihatan cuma runtuhan batu
Dikaburi debu-debu berterbangan
yang mengganggu pandang
yang mengundang hiba
Di situ ada lagi merah darah yang masih segar
Juga milik anak kecil
Milik anak kecil yang lain...
mengalir darah merah yang masih segar
milik seorang anak kecil
yang sudah tidak bersuara
Baru sebentar tadi
anak kecil itu leka bermain
sesekali memandang ibu di dapur
sesekali menatap ayah yang sedang tidur
Dentuman itu berbunyi lagi
Kedengaran cuma tangisan sayu
Kelihatan cuma runtuhan batu
Dikaburi debu-debu berterbangan
yang mengganggu pandang
yang mengundang hiba
Di situ ada lagi merah darah yang masih segar
Juga milik anak kecil
Milik anak kecil yang lain...
Sabtu, 20 Disember 2008
Gemuruh Rasa
Gemuruh rasa
di saat ia ada
dipanjat doa nun jauh di sudut hati
semoga cepat ia berlalu...
Gemuruh rasa
di saat ia tiada
pada ketika ia patut ada
membikin hati tertanya-tanya
bila ia kan bertandang lagi.
di saat ia ada
dipanjat doa nun jauh di sudut hati
semoga cepat ia berlalu...
Gemuruh rasa
di saat ia tiada
pada ketika ia patut ada
membikin hati tertanya-tanya
bila ia kan bertandang lagi.
Anak-anak Kecil dan Ibu Mereka
Di sebuah bandaraya yang baru mula hendak bernafas, seorang ibu berjalan sambil memimpin tangan anak-anaknya. Anaknya ada tiga, yang dipegang cuma dua. Anak yang sulung memegang tangan adik perempuannya. Sambil berjalan itu, mata si ibu memandang ke satu arah dengan penuh minat. Menyedari langkah yang kian perlahan, anak sulung mula bertanya apa yang dipandang oleh ibunya.
''Orang itu. Dia sudah ada di sini sejak kalian belum lahir. Sejak Mama belum bertemu Abah.''
Anak yang paling kecil, pantas bersuara, ''Orang yang mana? Yang berjalan dengan tangannya itukah?''
Kakak yang dua orang, cepat-cepat menegur adik, ''Adik, usah berkata begitu. Kasihan dia, tidak boleh berjalan macam kita.''
Adik berkata lagi, ''Itu kakinya, kan....'' Sambil menuding jari ke arah orang itu. Segera pula si ibu menurunkan tangan kiri anaknya yang terus-terusan menuding jari ke arah orang itu. Orang yang berjaya menarik perhatian mereka berempat. Si ibu bersyukur kerana orang itu tidak melihat perlakuan anaknya yang menuding jari ke arahnya. Semasa jari kecil dituding, orang itu sedang memejam mata menghayati alunan bunyi gemersik dari alat muzik yang sedang dimainkannya. Kalaulah ketika itu matanya tidak dipejam, pasti dia dapat melihat betapa merah wajah si ibu dipantul sinar mentari pagi.
''Orang itu. Dia sudah ada di sini sejak kalian belum lahir. Sejak Mama belum bertemu Abah.''
Anak yang paling kecil, pantas bersuara, ''Orang yang mana? Yang berjalan dengan tangannya itukah?''
Kakak yang dua orang, cepat-cepat menegur adik, ''Adik, usah berkata begitu. Kasihan dia, tidak boleh berjalan macam kita.''
Adik berkata lagi, ''Itu kakinya, kan....'' Sambil menuding jari ke arah orang itu. Segera pula si ibu menurunkan tangan kiri anaknya yang terus-terusan menuding jari ke arah orang itu. Orang yang berjaya menarik perhatian mereka berempat. Si ibu bersyukur kerana orang itu tidak melihat perlakuan anaknya yang menuding jari ke arahnya. Semasa jari kecil dituding, orang itu sedang memejam mata menghayati alunan bunyi gemersik dari alat muzik yang sedang dimainkannya. Kalaulah ketika itu matanya tidak dipejam, pasti dia dapat melihat betapa merah wajah si ibu dipantul sinar mentari pagi.
Si Penjual Kuih
Si penjual kuih
menjual kuih di luar pagar
sekolah agama tempatku belajar
berduyun-duyun kami membeli
tika loceng rehat berbunyi kling kling kling.
Si penjual kuih
terfikirkah ia
kelak kuih-kuihnya akan dirindui
kelak kuih-kuihnya akan dicari-cari
oleh anak-anak kecil yang kini telah dewasa
Si penjual kuih
masihkah lagi ada di situ
menjual kuih di luar pagar
di luar pagar sekolah tempatku belajar.
menjual kuih di luar pagar
sekolah agama tempatku belajar
berduyun-duyun kami membeli
tika loceng rehat berbunyi kling kling kling.
Si penjual kuih
terfikirkah ia
kelak kuih-kuihnya akan dirindui
kelak kuih-kuihnya akan dicari-cari
oleh anak-anak kecil yang kini telah dewasa
Si penjual kuih
masihkah lagi ada di situ
menjual kuih di luar pagar
di luar pagar sekolah tempatku belajar.
Yang Berkata-kata itu, Orang...
Ada orang pernah berkata, suami sibuk bekerja, isteri sibuk menelefon sekadar bertanya suaminya, sudah makan atau belum
walhal berbicara, bersoal dan berjawab tidakpun sampai seminit
walhal si isteri menelefon ketika waktu perut suami perlu diisi, ketika waktu makan tengahari, atau ketika waktu kerja sudahpun berakhir dua jam yang lalu....
Orang yang berkata itu, tidak pernah mengambil tahu atau mengangkat kisah
ketika suami baru tiba di rumah, nasi belum dijamah, telefon berbunyi dan bercakap hal kerja lebih sepuluh minit sehingga nasi dan lauk menjadi sejuk sambil dihadap anak-anak dan isteri.
Orang yang berkata itu, mengharap isteri-isteri yang suaminya sibuk bekerja memahami betapa sibuknya suami mereka dan usahlah selalu mengganggu suami ketika sedang bekerja.
Orang yang berkata itu entah sedar entah tidak kata-katanya itu telah mengguris hati isteri-isteri yang sudah sedia terguris tanpa siapa menyedari, tanpa ada siapa ambil peduli.
walhal berbicara, bersoal dan berjawab tidakpun sampai seminit
walhal si isteri menelefon ketika waktu perut suami perlu diisi, ketika waktu makan tengahari, atau ketika waktu kerja sudahpun berakhir dua jam yang lalu....
Orang yang berkata itu, tidak pernah mengambil tahu atau mengangkat kisah
ketika suami baru tiba di rumah, nasi belum dijamah, telefon berbunyi dan bercakap hal kerja lebih sepuluh minit sehingga nasi dan lauk menjadi sejuk sambil dihadap anak-anak dan isteri.
Orang yang berkata itu, mengharap isteri-isteri yang suaminya sibuk bekerja memahami betapa sibuknya suami mereka dan usahlah selalu mengganggu suami ketika sedang bekerja.
Orang yang berkata itu entah sedar entah tidak kata-katanya itu telah mengguris hati isteri-isteri yang sudah sedia terguris tanpa siapa menyedari, tanpa ada siapa ambil peduli.
Bapaku tersenyum
Pernah dulu bapaku tersenyum bila mendengar aku berbicara. Dulu...sudah lama. Sudah lebih satu setengah dasawarsa. Apabila kusedari senyum di wajahnya, lantas aku ingin tahu kenapa. Menurut bapaku, ketuanya menggunakan perkataan limpas tapi aku menggunakan perkataan lalu. Itulah yang membuat bapaku tersenyum sendirian. Mungkin ketika itu, perkataan limpas belum diserap ke dalam Bahasa Melayu. Kini, limpas sudah ada di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. Insya-Allah...tahun depan akan kukhabarkan kepada bapaku bahawa perkataan limpas sudah ada di dalam Kamus Dewan. Khabarkan sekarang? Kufikir tidak sesuai.
Jumaat, 19 Disember 2008
Kejamkah aku?
Mungkinkah aku kejam apabila menanya soalan yang membuatkan orang di hadapanku matanya berkaca. Bukan cuma dia, tapi aku juga berasa sedih dan simpati terhadapnya. Dalam mata yang berkaca, terpaksa juga dia menjelaskan bahawa dia bertemu suami dalam setahun cuma sekali. Sudah tentu mengundang pilu di hati. Katanya, tahun lepas suaminya ada kembali. Tapi, entah bila bersua lagi. Walaupun bertemu setahun sekali...yang cuma sekali itu, entah bila dia pun tidak tahu.
Khamis, 18 Disember 2008
Orang-orang di kayangan ciptaan
Orang-orang besar di kayangan ciptaan
Saling berbalah tiada kesudahan
Menuding jari sesama sendiri
Hingga kerja serba tak jadi
Orang-orang kecil
Kehilangan arah
Mabuk dek keindahan palsu
Yang kosong tidak bererti
Gedung-gedung batu tersergam di kayangan ciptaan
Untuk dinikmati orang-orang kecil yang kelaparan
Untuk dipuji orang-orang kecil yang kehampaan
Untuk disirami orang-orang kecil yang ketandusan
Saling berbalah tiada kesudahan
Menuding jari sesama sendiri
Hingga kerja serba tak jadi
Orang-orang kecil
Kehilangan arah
Mabuk dek keindahan palsu
Yang kosong tidak bererti
Gedung-gedung batu tersergam di kayangan ciptaan
Untuk dinikmati orang-orang kecil yang kelaparan
Untuk dipuji orang-orang kecil yang kehampaan
Untuk disirami orang-orang kecil yang ketandusan
Gelora berombak di dada
Gelora berombak di dada
Menyaksi dunia yang kian pincang
Terngiang-ngiang rintihan pedih
Generasi semalam menyesali diri
Kesudahannya terhenti
Gelora berombak di dada
Memandang dunia yang kian longlai
Menanggung sarat azab sengsara
Perilaku manusia tiada pedoman
Menyulam kembali kesilapan semalam
Gelora berombak di dada
Menyelak tirai esok
Menyangsi kesudahan yang tiada pasti
Kekesalan semalam kini bernanah
Terus-terusan esok ternoda
Kian membusuk di laut harapan.
Menyaksi dunia yang kian pincang
Terngiang-ngiang rintihan pedih
Generasi semalam menyesali diri
Kesudahannya terhenti
Gelora berombak di dada
Memandang dunia yang kian longlai
Menanggung sarat azab sengsara
Perilaku manusia tiada pedoman
Menyulam kembali kesilapan semalam
Gelora berombak di dada
Menyelak tirai esok
Menyangsi kesudahan yang tiada pasti
Kekesalan semalam kini bernanah
Terus-terusan esok ternoda
Kian membusuk di laut harapan.
Semakin alpa, semakin lupa
Kita semakin alpa
Kita semakin lupa
Bukankah sudah pernah diingatkan
Sesama manusia usah bersengketa
Berbeza pandangan selesainya aman
Bukankah sudah pernah diingatkan
Sesama manusia usah serakah
Berbuat baik sesama insan
Bukankah sudah pernah diingatkan
Sesama manusia jauhi kesongsangan
Berlimpah-ruah balasan baik kelak menanti
Bukankah sudah pernah diingatkan
Sesama manusia ilmu dikongsi
Berlipat-ganda ilmu diperolehi
Bukankah sudah pernah diingatkan
Sesama manusia saling mengingati
Bersangka baik selalu di hati
Namun…
Sudah suratan lumrah manusia
Bukannya semakin teliti malah semakin alpa
Bukannya semakin ingat malah semakin lupa.
Kita semakin lupa
Bukankah sudah pernah diingatkan
Sesama manusia usah bersengketa
Berbeza pandangan selesainya aman
Bukankah sudah pernah diingatkan
Sesama manusia usah serakah
Berbuat baik sesama insan
Bukankah sudah pernah diingatkan
Sesama manusia jauhi kesongsangan
Berlimpah-ruah balasan baik kelak menanti
Bukankah sudah pernah diingatkan
Sesama manusia ilmu dikongsi
Berlipat-ganda ilmu diperolehi
Bukankah sudah pernah diingatkan
Sesama manusia saling mengingati
Bersangka baik selalu di hati
Namun…
Sudah suratan lumrah manusia
Bukannya semakin teliti malah semakin alpa
Bukannya semakin ingat malah semakin lupa.
Harapan dan Impian di Seberang Sana
Di seberang sana
Ada harapan dan impian
Marilah…
Kita bina sebuah jambatan
Dengan semangat
Dengan perpaduan
Dengan kepercayaan
Dengan akal waras
Dengan jiwa bersih
Satu jambatan sudah memadai
Untuk kita lalui bersama
Kalaupun rosak atau reput
kerana dimakan anai-anai
Marilah kita baiki kembali
Marilah kita bina kembali
Bersama-sama.
Ada harapan dan impian
Marilah…
Kita bina sebuah jambatan
Dengan semangat
Dengan perpaduan
Dengan kepercayaan
Dengan akal waras
Dengan jiwa bersih
Satu jambatan sudah memadai
Untuk kita lalui bersama
Kalaupun rosak atau reput
kerana dimakan anai-anai
Marilah kita baiki kembali
Marilah kita bina kembali
Bersama-sama.
Jikalau Kita
Berulang-ulang
Semenjak dulu hingga sekarang
Harapan tinggi menggunung
Walaupun hakikat disedari
Harapan tetap tinggal harapan
Jikalau kita celik sejarah
Mungkin kepahitan tidak berulang
Jikalau kita bersih hati
Mungkin tiada dendam membara
Jikalau kita akal di kepala
Mungkin kita berhenti mengulang
Harapan kosong yang tiada kesudahan.
Semenjak dulu hingga sekarang
Harapan tinggi menggunung
Walaupun hakikat disedari
Harapan tetap tinggal harapan
Jikalau kita celik sejarah
Mungkin kepahitan tidak berulang
Jikalau kita bersih hati
Mungkin tiada dendam membara
Jikalau kita akal di kepala
Mungkin kita berhenti mengulang
Harapan kosong yang tiada kesudahan.
Tanpa Akar, Pucuk Tiada
Dahulu
Manusia kuat menjunjung adat
Memegang kejap tali agama
Jadi ikutan turun-temurun
Suatu ketika
Manusia mula meminggir adat
Benarlah ada yang menyalahi agama
Benarlah ada yang menggugat hakikat
Namun hidup mesti juga beradat
Tanpa melanggar hukum dan syarak
Penuh sopan dan tinggi adab
Kini
Kian bertambah
Manusia beragama tidak beradat
Manusia beragama tidak beradab
Budaya songsang diagung-agung
Nafsu serakah diutama
Orang tua dijeling jelek
Orang tua dijeling angkuh
Manusia semakin alpa
Tanpa akar
Pucuk pun tiada
Manusia semakin angkuh
Terasa diri mencapai langit
Walhal kaki tetap jua
berpijak di bumi.
Manusia kuat menjunjung adat
Memegang kejap tali agama
Jadi ikutan turun-temurun
Suatu ketika
Manusia mula meminggir adat
Benarlah ada yang menyalahi agama
Benarlah ada yang menggugat hakikat
Namun hidup mesti juga beradat
Tanpa melanggar hukum dan syarak
Penuh sopan dan tinggi adab
Kini
Kian bertambah
Manusia beragama tidak beradat
Manusia beragama tidak beradab
Budaya songsang diagung-agung
Nafsu serakah diutama
Orang tua dijeling jelek
Orang tua dijeling angkuh
Manusia semakin alpa
Tanpa akar
Pucuk pun tiada
Manusia semakin angkuh
Terasa diri mencapai langit
Walhal kaki tetap jua
berpijak di bumi.
Kini Kalian Sudah Berjaya
Hidupku dibayangi kenangan semalam
Usia muda kuhabiskan di pasar ikan
Demi membantu ayah yang sakit
Demi membantu ibu yang bersusah-payah
Apalah diharap pada hasil jualan kuih
Bersengkang mata hingga ke pagi
Demi sesuap nasi untuk mengalas perut yang bukan sedikit
Demi menyara benih tercinta untuk memenuhi ilmu di dada
sebagai bekalan meniti usia.
Tatkala aku berkisah tentang kenangan semalam
Kalian mencebik padaku
Konon akulah yang memutuskan untuk berbakti
Bukan kalian yang menagih keringat mudaku
Kerana aku anak yang tua
Akulah yang wajar membantu
mengorbankan zaman remajaku
Bukan kalian yang masih hingusan
Kini kalian sudah berjaya
Menjadi manusia berharta
Menjadi manusia berilmu
Semakin galak pada dunia
Menyisih aku di dunia sendiri
Mengharap pada kalian
Umpama mengharap cahaya mentari
ketika awan ribut menghiasi dada langit
apalah diharap pada mendungnya hari
Mengharap pada kalian
Umpama meletak maruahku di telapak kaki.
Kuputuskan agar hidup dengan caraku
Kudoakan kalian berbahagia selalu
Kerana kalian masih seperti anak hingusan
Tiada ubah…
Sejak dulu mahupun kini.
Namun
kalian tetap aku sayangi
walau kusimpan di sudut hati.
Jikalau
sesekali teringat padaku
jenguk-jenguklah aku di sini
walau kumarah
usahlah terasa
darah yang mengalir di tubuh kita
adalah darah yang sama
darah ibu dan ayah
yang telah tiada di dunia ini.
Usia muda kuhabiskan di pasar ikan
Demi membantu ayah yang sakit
Demi membantu ibu yang bersusah-payah
Apalah diharap pada hasil jualan kuih
Bersengkang mata hingga ke pagi
Demi sesuap nasi untuk mengalas perut yang bukan sedikit
Demi menyara benih tercinta untuk memenuhi ilmu di dada
sebagai bekalan meniti usia.
Tatkala aku berkisah tentang kenangan semalam
Kalian mencebik padaku
Konon akulah yang memutuskan untuk berbakti
Bukan kalian yang menagih keringat mudaku
Kerana aku anak yang tua
Akulah yang wajar membantu
mengorbankan zaman remajaku
Bukan kalian yang masih hingusan
Kini kalian sudah berjaya
Menjadi manusia berharta
Menjadi manusia berilmu
Semakin galak pada dunia
Menyisih aku di dunia sendiri
Mengharap pada kalian
Umpama mengharap cahaya mentari
ketika awan ribut menghiasi dada langit
apalah diharap pada mendungnya hari
Mengharap pada kalian
Umpama meletak maruahku di telapak kaki.
Kuputuskan agar hidup dengan caraku
Kudoakan kalian berbahagia selalu
Kerana kalian masih seperti anak hingusan
Tiada ubah…
Sejak dulu mahupun kini.
Namun
kalian tetap aku sayangi
walau kusimpan di sudut hati.
Jikalau
sesekali teringat padaku
jenguk-jenguklah aku di sini
walau kumarah
usahlah terasa
darah yang mengalir di tubuh kita
adalah darah yang sama
darah ibu dan ayah
yang telah tiada di dunia ini.
Selalu Kita...
Kesempatan
Selalu kita ambil dari kelembutan
Kelembutan
Selalu kita balas dengan kekasaran
Kekasaran
Selalu kita tewas dalam kemarahan
Kemarahan
Selalu kita julang dengan kebiadapan
Kebiadapan
selalu kita tunduk pada kesabaran
Kesabaran
selalu kita sedar ada batas dan sempadan.
Selalu kita ambil dari kelembutan
Kelembutan
Selalu kita balas dengan kekasaran
Kekasaran
Selalu kita tewas dalam kemarahan
Kemarahan
Selalu kita julang dengan kebiadapan
Kebiadapan
selalu kita tunduk pada kesabaran
Kesabaran
selalu kita sedar ada batas dan sempadan.
Apabila Penawar Tiada
Apabila penawar tiada
Racun berbisa pasti menjalar rakus
memamah urat saraf
Darah putih hilang kuasa
Memandang sepi tanpa upaya
Apabila penawar tiada
Darah setitis maut menanti
Senyum sinis terukir di bibir petualang
Apabila penawar tiada
Menaruh harap pastilah sia-sia
Sesal sudah tidak berguna.
Racun berbisa pasti menjalar rakus
memamah urat saraf
Darah putih hilang kuasa
Memandang sepi tanpa upaya
Apabila penawar tiada
Darah setitis maut menanti
Senyum sinis terukir di bibir petualang
Apabila penawar tiada
Menaruh harap pastilah sia-sia
Sesal sudah tidak berguna.
Ibu, Aku Ini Anak Kecilmu
Ibu
Aku ini anak kecilmu
Aku inilah yang kau nanti
Aku inilah yang kau kata permata jiwamu
Aku inilah yang kau kata buah hatimu
Ibu
Kukira aku ini berharga bagimu
Tetapi
Dalam kesibukanmu memenuhi keperluan dan kehendak
Yang kulihat kian hari kian menuntut waktumu
Aku kau kirim ke sini
Di sini aku belajar merasa
Di sini aku belajar mengenal
Di sini aku belajar menilai
Aku mendamba belaian kasihmu
Aku mendamba senyuman tawamu
Aku mendamba pujukan mesramu
Ibu
Aku ingin bersamamu
Aku ingin dekat denganmu
Kerana
Kelak aku jua akan dewasa
Kelak aku akan pergi jauh
Kelak kita jarang bersua
Rebutlah ibu
Rebutlah peluang ini
Sekaranglah waktunya
Kau mendekatkan aku di hatimu
Kau mendekatkan aku di jiwamu
Walau nanti kita terpisah jauh
Kau tetap di hatiku
Kau tetap di jiwaku.
Aku ini anak kecilmu
Aku inilah yang kau nanti
Aku inilah yang kau kata permata jiwamu
Aku inilah yang kau kata buah hatimu
Ibu
Kukira aku ini berharga bagimu
Tetapi
Dalam kesibukanmu memenuhi keperluan dan kehendak
Yang kulihat kian hari kian menuntut waktumu
Aku kau kirim ke sini
Di sini aku belajar merasa
Di sini aku belajar mengenal
Di sini aku belajar menilai
Aku mendamba belaian kasihmu
Aku mendamba senyuman tawamu
Aku mendamba pujukan mesramu
Ibu
Aku ingin bersamamu
Aku ingin dekat denganmu
Kerana
Kelak aku jua akan dewasa
Kelak aku akan pergi jauh
Kelak kita jarang bersua
Rebutlah ibu
Rebutlah peluang ini
Sekaranglah waktunya
Kau mendekatkan aku di hatimu
Kau mendekatkan aku di jiwamu
Walau nanti kita terpisah jauh
Kau tetap di hatiku
Kau tetap di jiwaku.
Aku yang Usang di Pondok Asing
Tiba-tiba sahaja
Pilu dan rawan menyentuh lubuk jiwaku
Bergetar seluruh tubuhku yang usang
Kupandang jemariku yang sudah kecut isinya
Yang tinggal hanya kulit kasar berkematu
membungkus tulang yang kian kering
Jemariku ini pernah membelai
Halus lembut si kecil yang comel
Halus lembut jiwa yang putih
Halus lembut waris yang kutatang
Moga esok kau jadi dedahan tempat kuberpaut
Moga esok kau jadi pepohon tempat kuberteduh
Moga esok bahagia menantiku
Demi esok yang kuharap bahagia
Kuperah kudrat
Meniti ranjau yang penuh berliku
Meniti onak yang penuh berduri
Tidak kuhirau keringat yang mengalir
Tidak kuhirau masa yang berlalu
Kini
Esok yang kuharap menemaniku
Melambai harapan yang tinggal harapan
Di sini jua aku akhirnya
Menghuni diam di pondok asing
Bukan ini bahagia kuharap
Bukan ini bahagia kunanti
PadaMu jua hambaMu mengadu
PadaMu jua hambaMu berserah.
Pilu dan rawan menyentuh lubuk jiwaku
Bergetar seluruh tubuhku yang usang
Kupandang jemariku yang sudah kecut isinya
Yang tinggal hanya kulit kasar berkematu
membungkus tulang yang kian kering
Jemariku ini pernah membelai
Halus lembut si kecil yang comel
Halus lembut jiwa yang putih
Halus lembut waris yang kutatang
Moga esok kau jadi dedahan tempat kuberpaut
Moga esok kau jadi pepohon tempat kuberteduh
Moga esok bahagia menantiku
Demi esok yang kuharap bahagia
Kuperah kudrat
Meniti ranjau yang penuh berliku
Meniti onak yang penuh berduri
Tidak kuhirau keringat yang mengalir
Tidak kuhirau masa yang berlalu
Kini
Esok yang kuharap menemaniku
Melambai harapan yang tinggal harapan
Di sini jua aku akhirnya
Menghuni diam di pondok asing
Bukan ini bahagia kuharap
Bukan ini bahagia kunanti
PadaMu jua hambaMu mengadu
PadaMu jua hambaMu berserah.
Tidak Terjangkau Olehku
Tidak terjangkau olehku
Akan memijak tanah asing
Tidak terjangkau olehku
Akan merasai budaya asing
Tidak terjangkau olehku
Akan mengenal keterasingan
Tika berkelana di negara asing.
Akan memijak tanah asing
Tidak terjangkau olehku
Akan merasai budaya asing
Tidak terjangkau olehku
Akan mengenal keterasingan
Tika berkelana di negara asing.
Kami Mengintai Pasar
Aku dan bapaku
Bersama-sama mengintai pasar
Kataku, Bapa,
Pilihlah sebarang ikan
Ikan basung, ikan kerapu,
ikan siakap, ikan merah
ikan bawal, ikan tenggiri
Asal jangan udang
Asal jangan sotong
Asal jangan ketam
Aku kasihan melihat Bapa
Bila sendi mula sakit
Sukar amat Bapa berjalan
Pagi itu kami pulang dengan riang
Sungguhpun yang dijinjing tidaklah ringan
Kami gembira kerana yang kami jinjing hanyalah ikan.
Bersama-sama mengintai pasar
Kataku, Bapa,
Pilihlah sebarang ikan
Ikan basung, ikan kerapu,
ikan siakap, ikan merah
ikan bawal, ikan tenggiri
Asal jangan udang
Asal jangan sotong
Asal jangan ketam
Aku kasihan melihat Bapa
Bila sendi mula sakit
Sukar amat Bapa berjalan
Pagi itu kami pulang dengan riang
Sungguhpun yang dijinjing tidaklah ringan
Kami gembira kerana yang kami jinjing hanyalah ikan.
Anak-anakku, Belajarlah...
Anak-anakku
Belajar selagi mampu
Bukan setakat usia muda
Tapi selagi hayat ada
Walau sehingga bongkok tiga
Anak-anakku
Dengarlah nasihatku
Belajarlah selagi mampu
Belajarlah semua perkara
Agar kelak
Kau bisa menimbang
Yang mana baik
Yang mana buruk
Ambillah yang baik
Tinggalkanlah yang buruk
Anak-anakku
Belajarlah mengenal diri
Belajarlah mengenal agama
Belajarlah mengenal bangsa
Belajarlah mengenal bahasa
Belajarlah mengenal dunia
Belajarlah untuk belajar
Belajar selagi mampu
Bukan setakat usia muda
Tapi selagi hayat ada
Walau sehingga bongkok tiga
Anak-anakku
Dengarlah nasihatku
Belajarlah selagi mampu
Belajarlah semua perkara
Agar kelak
Kau bisa menimbang
Yang mana baik
Yang mana buruk
Ambillah yang baik
Tinggalkanlah yang buruk
Anak-anakku
Belajarlah mengenal diri
Belajarlah mengenal agama
Belajarlah mengenal bangsa
Belajarlah mengenal bahasa
Belajarlah mengenal dunia
Belajarlah untuk belajar
Darjatmu Bukan Lagi di Telapak Kaki
Dulu maruahmu dipijak-pijak
Jangankan meronta bersuara pun tidak
Meski ditimbus ketika bernyawa
Hingga saatnya jasad dilambai nyawa
Tiba Nur Islam menyinari alam
Darjatmu bukan lagi di telapak kaki
Alangkah malang
Alangkah dahsyat
Kau sendiri menempah aib
Tiada syukur yang kaupanjatkan
Hanya nafsu menjadi pedoman
Hidung kemek jadi mancung
Dagu pendek jadi panjang
Bulu di kening jadi licin
Besar jadi kecil
Kecil jadi besar
Kau bangga mengubah anugerahNya
Kau lupa dosa pahala
Kembalilah kau ke landasan iman
Wahai yang tergelincir
Jangankan meronta bersuara pun tidak
Meski ditimbus ketika bernyawa
Hingga saatnya jasad dilambai nyawa
Tiba Nur Islam menyinari alam
Darjatmu bukan lagi di telapak kaki
Alangkah malang
Alangkah dahsyat
Kau sendiri menempah aib
Tiada syukur yang kaupanjatkan
Hanya nafsu menjadi pedoman
Hidung kemek jadi mancung
Dagu pendek jadi panjang
Bulu di kening jadi licin
Besar jadi kecil
Kecil jadi besar
Kau bangga mengubah anugerahNya
Kau lupa dosa pahala
Kembalilah kau ke landasan iman
Wahai yang tergelincir
Rintihan Pepohon
Ketika tiba musim kemarau
Merintih pepohon meratapi nasib
“Aku pohon tidak berdaun
Kekeringan kehangatan
Dek bahang sang suria”
Ketika musim sejuk tiba
Merintih pepohon merayu-rayu
“Aku pohon tidak berdaun
Kekeringan kesepian
Menahan kedinginan
Muncullah dikau wahai suria
Kurindu kehangatan bahang sinarmu”.
Merintih pepohon meratapi nasib
“Aku pohon tidak berdaun
Kekeringan kehangatan
Dek bahang sang suria”
Ketika musim sejuk tiba
Merintih pepohon merayu-rayu
“Aku pohon tidak berdaun
Kekeringan kesepian
Menahan kedinginan
Muncullah dikau wahai suria
Kurindu kehangatan bahang sinarmu”.
Nenek, Aku Cucumu...
Aku cucumu berkisah sendiri, Nenek
Memandang pilu hakikat kini
Ketika jasadmu masih bernyawa
Kulihat anak-anakmu erat kasih mereka
Ramah dan mesra bukan hanya ketika kenduri-kendara
Saling bermaafan bukan hanya ketika musim perayaan
Saling memelihara ikatan persaudaraan
Cucu-cucumu bermain bersama
Ada aku di antara mereka
Hilai tawa memecah suasana
Kulihat kau tersenyum mesra memandang kami, memandang aku
Ada kebahagiaan di riak wajah kedutmu
Ada kepuasan di cengkung matamu
Masih kuingat
Tanganmu kupimpin melewati titi
Kerana kautakut peningmu menyapa
Berpusing dunia kaurasa
Begitu kau mengadu kepadaku
Berulang-alik kita bersama
Menemui tuan doktor setiap purnama
Hingga akhirnya
Pening pusingmu ditemui punca
Kuseka air mata yang terasa hangat
mengalir di pipiku yang masih muda
Kini sedasawarsa kau menghadap Ilahi
Selama itulah jua kasih semakin surut
Selama itulah ikatan yang digenggam semakin terlerai
Apalah guna jika manis di bibir
Hanya ketika poket kesempitan
Apalah guna jika manis di wajah
Tapi jiwa penuh kepura-puraan
Alangkah indah ketika kaumasih ada
Kau umpama magnet yang bisa menarik keturunanmu bersatu
Moga kaudamai di sana
Al-Fatihah buatmu, Nenekku.
Memandang pilu hakikat kini
Ketika jasadmu masih bernyawa
Kulihat anak-anakmu erat kasih mereka
Ramah dan mesra bukan hanya ketika kenduri-kendara
Saling bermaafan bukan hanya ketika musim perayaan
Saling memelihara ikatan persaudaraan
Cucu-cucumu bermain bersama
Ada aku di antara mereka
Hilai tawa memecah suasana
Kulihat kau tersenyum mesra memandang kami, memandang aku
Ada kebahagiaan di riak wajah kedutmu
Ada kepuasan di cengkung matamu
Masih kuingat
Tanganmu kupimpin melewati titi
Kerana kautakut peningmu menyapa
Berpusing dunia kaurasa
Begitu kau mengadu kepadaku
Berulang-alik kita bersama
Menemui tuan doktor setiap purnama
Hingga akhirnya
Pening pusingmu ditemui punca
Kuseka air mata yang terasa hangat
mengalir di pipiku yang masih muda
Kini sedasawarsa kau menghadap Ilahi
Selama itulah jua kasih semakin surut
Selama itulah ikatan yang digenggam semakin terlerai
Apalah guna jika manis di bibir
Hanya ketika poket kesempitan
Apalah guna jika manis di wajah
Tapi jiwa penuh kepura-puraan
Alangkah indah ketika kaumasih ada
Kau umpama magnet yang bisa menarik keturunanmu bersatu
Moga kaudamai di sana
Al-Fatihah buatmu, Nenekku.
Rabu, 17 Disember 2008
Sampah Itu Memalukan…
Tiba-tiba saja aku teringat ketika aku menjejak kaki buat kali pertama di salah sebuah gedung besar yang baru dibuka di negeri tempat asalku. Gedung itu jadi kebanggaan rakyat negeriku buat masa ini. Aku pasti beberapa tahun lagi, ada gedung lain yang akan dibanggakan sama seperti gedung yang baru ini. Memang cantik tempatnya. Cuma agak lengang. Mungkin kerana masih baru.
Setelah agak lama keluar masuk kedai, anak-anakku teringin ke tandas. Bagus juga tengok macamana keadaan tandasnya. Mesti cantik, secantik gedungnya. Mesti hebat, sehebat gedungnya dicanang.
Kalaupun tandasnya kecil, tidak mengapa. Asalkan saja ia bersih dan lega mata memandang. Ternyata jangkaanku meleset sama sekali. Sampah bertaburan di sana-sini. Apalah guna ada tukang bersih kalau itupun tidak mampu diurus. Kalau betul dia tukang bersih, sepatutnya tandas itu dibersihkan. Sepatutnya tandas itu bersih.
Aku tidak mahu perasaan tidak puas hati tersimpan saja di benakku. Aku bersuara dengan sopan walaupun ayat-ayat yang keluar dari mulutku mampu membuat orang yang terasa merah padam mukanya. Menurutku, tandas itu sepatutnya dijaga biar bersih dan jangan dibiar sampah-sarap bertaburan di situ. Kelak kita malu dengan orang luar yang datang berkunjung ke situ. Gedung sudah hampir setaraf dengan yang ada di ibu kota. Kebersihannya patutlah ditingkatkan.
Mudah saja tukang bersih itu menjawab dengan selamba tanpa berubah riak wajahnya bahawa tong sampah yang ada... kecil. Tong sampah yang kecil sudah tentu tidak muat menerima sampah-sarap yang bertimbun. Itulah sebabnya banyak sampah bertaburan di sana sini.
Sedang kami berbual, ada pengunjung berhajat ke tandas sambil kepalanya meninjau, dia bertanya sama ada elok atau tidak tandas itu. Menyedari soalan itu dituju untukku, aku sekadar menjawab bahawa tandas itu boleh diguna tetapi tidaklah bersih. Lalu, kucadang agar dia melihat sendiri. Tidak sampai seminit, pengunjung itu keluar semula dan memilih untuk pergi ke tingkat lain yang tandasnya lebih bersih.
Seketika aku terfikir, mungkin tandas itu berada di tingkat paling bawah sebab itulah kebersihannya pun berada di tingkat paling bawah juga. Mungkin juga bukan salah si tukang bersih sebab jika dilihat sampah-sarap yang ada, tangan yang membuangnya pun tidak berfikir panjang. Membuang tanpa rasa malu. Ya! Sampah itu menunjukkan tangan yang membuangnya tidak tahu malu.
Setelah agak lama keluar masuk kedai, anak-anakku teringin ke tandas. Bagus juga tengok macamana keadaan tandasnya. Mesti cantik, secantik gedungnya. Mesti hebat, sehebat gedungnya dicanang.
Kalaupun tandasnya kecil, tidak mengapa. Asalkan saja ia bersih dan lega mata memandang. Ternyata jangkaanku meleset sama sekali. Sampah bertaburan di sana-sini. Apalah guna ada tukang bersih kalau itupun tidak mampu diurus. Kalau betul dia tukang bersih, sepatutnya tandas itu dibersihkan. Sepatutnya tandas itu bersih.
Aku tidak mahu perasaan tidak puas hati tersimpan saja di benakku. Aku bersuara dengan sopan walaupun ayat-ayat yang keluar dari mulutku mampu membuat orang yang terasa merah padam mukanya. Menurutku, tandas itu sepatutnya dijaga biar bersih dan jangan dibiar sampah-sarap bertaburan di situ. Kelak kita malu dengan orang luar yang datang berkunjung ke situ. Gedung sudah hampir setaraf dengan yang ada di ibu kota. Kebersihannya patutlah ditingkatkan.
Mudah saja tukang bersih itu menjawab dengan selamba tanpa berubah riak wajahnya bahawa tong sampah yang ada... kecil. Tong sampah yang kecil sudah tentu tidak muat menerima sampah-sarap yang bertimbun. Itulah sebabnya banyak sampah bertaburan di sana sini.
Sedang kami berbual, ada pengunjung berhajat ke tandas sambil kepalanya meninjau, dia bertanya sama ada elok atau tidak tandas itu. Menyedari soalan itu dituju untukku, aku sekadar menjawab bahawa tandas itu boleh diguna tetapi tidaklah bersih. Lalu, kucadang agar dia melihat sendiri. Tidak sampai seminit, pengunjung itu keluar semula dan memilih untuk pergi ke tingkat lain yang tandasnya lebih bersih.
Seketika aku terfikir, mungkin tandas itu berada di tingkat paling bawah sebab itulah kebersihannya pun berada di tingkat paling bawah juga. Mungkin juga bukan salah si tukang bersih sebab jika dilihat sampah-sarap yang ada, tangan yang membuangnya pun tidak berfikir panjang. Membuang tanpa rasa malu. Ya! Sampah itu menunjukkan tangan yang membuangnya tidak tahu malu.
Sabtu, 13 Disember 2008
Aku, Dia, Kamu
Di dunia kita...
Dia pandai
Aku tidak
Jika ingin memilih
Jangan sesekali mencontohi aku
Dialah tepat dicontohi
bukan aku
Walau siapa pun yang kamu pilih
Yang memilih
Tetap bukan dia
Tetap bukan aku
Tapi…
Kamu.
Dia pandai
Aku tidak
Jika ingin memilih
Jangan sesekali mencontohi aku
Dialah tepat dicontohi
bukan aku
Walau siapa pun yang kamu pilih
Yang memilih
Tetap bukan dia
Tetap bukan aku
Tapi…
Kamu.
Selaut Usia
Kala pintu terkunci
Alam seakan terhenti
Bicara seakan kaku
Kering, kosong, dingin umpama salju
Kala kunci dibuka
Tangan tergapai-gapai
Tercari-cari dahan untuk bertaut
Kala pintu terbuka
Ditiup angin yang menumpang lalu
Segenap rasa terdampar sepi
Selautan usia telah dipersia.
Alam seakan terhenti
Bicara seakan kaku
Kering, kosong, dingin umpama salju
Kala kunci dibuka
Tangan tergapai-gapai
Tercari-cari dahan untuk bertaut
Kala pintu terbuka
Ditiup angin yang menumpang lalu
Segenap rasa terdampar sepi
Selautan usia telah dipersia.
Kasih kita
Duhai adikku
Kini engkau telah dewasa
Kupandang sekilas raut wajahmu
Sambil ku terkenang...
Terasa baru kelmarin kau
Memanggil aku dalam tangis
Memanggil aku dalam tawa
Kita saling bergurau mesra
Kita saling menyusun impian
Memegang kukuh tali persaudaraan
Menyemai kasih sepanjang usia
Duhai adikku
Usah biar lukisan impian
sekadar hiasan di laman kenangan
Lupakanlah realiti semalam
yang berjaya merenggut kasih kita
Sambutlah tanganku ini
bersamalah kita menunai impian.
Kini engkau telah dewasa
Kupandang sekilas raut wajahmu
Sambil ku terkenang...
Terasa baru kelmarin kau
Memanggil aku dalam tangis
Memanggil aku dalam tawa
Kita saling bergurau mesra
Kita saling menyusun impian
Memegang kukuh tali persaudaraan
Menyemai kasih sepanjang usia
Duhai adikku
Usah biar lukisan impian
sekadar hiasan di laman kenangan
Lupakanlah realiti semalam
yang berjaya merenggut kasih kita
Sambutlah tanganku ini
bersamalah kita menunai impian.
Insan Kerdil
Aku bukan pujangga
Yang mengutip ilmu di puncak menara
Aku bukan penyair
Yang bisa mengubat hati nan lara
Aku bukan pejuang
Yang bertempur di medan berdarah
Aku bukan pengkritik
Yang pakar menjejaki salah
aku hanya insan kerdil
yang mengharap reda Ilahi
yang mengharap nur kasihNya
yang mengharap hidayah dariNya
yang menumpang di dunia sementara.
Yang mengutip ilmu di puncak menara
Aku bukan penyair
Yang bisa mengubat hati nan lara
Aku bukan pejuang
Yang bertempur di medan berdarah
Aku bukan pengkritik
Yang pakar menjejaki salah
aku hanya insan kerdil
yang mengharap reda Ilahi
yang mengharap nur kasihNya
yang mengharap hidayah dariNya
yang menumpang di dunia sementara.
Nilai yang Koma
Anak-anak muda
Kian menjunam nilai murni
Sopan dilambai pergi
Hormat dinyah sewenang-wenang
Ke dunia beku
Kedinginan...
menanti ajal
bernafas dalam koma
Dunia semakin parah
Menanggung aib perilaku
Menanggung azab dosa dijulangi.
Kian menjunam nilai murni
Sopan dilambai pergi
Hormat dinyah sewenang-wenang
Ke dunia beku
Kedinginan...
menanti ajal
bernafas dalam koma
Dunia semakin parah
Menanggung aib perilaku
Menanggung azab dosa dijulangi.
Khamis, 11 Disember 2008
Dua Bahasa
Dua bahasa...
Bahasa Melayu dan bahasa Russia
Dimulai Isnin...panidilnik
Selepas Isnin muncul Selasa...vtornik
Diikuti Rabu...sreda
Hari ini Khamis...chetverg
Besok Jumaat...piatnitsa
Sabtu...subota
Ahad...vaskrisenia
Lengkap seminggu...nidilya
Teman-teman lain bangsa
Teman-teman lain suku
pasti nama-nama hari dalam seminggu
berbeza sebutan dan ejaan
ilmu itu belum tercapai lagi.
Bahasa Melayu dan bahasa Russia
Dimulai Isnin...panidilnik
Selepas Isnin muncul Selasa...vtornik
Diikuti Rabu...sreda
Hari ini Khamis...chetverg
Besok Jumaat...piatnitsa
Sabtu...subota
Ahad...vaskrisenia
Lengkap seminggu...nidilya
Teman-teman lain bangsa
Teman-teman lain suku
pasti nama-nama hari dalam seminggu
berbeza sebutan dan ejaan
ilmu itu belum tercapai lagi.
Rabu, 10 Disember 2008
Menelusuri Ilham
Telah sedekad
berlalu...
Ilham terpenjara
di lubuk minda
Jiwa meronta
untuk berkisah
Akal ligat
menelusuri liku
Bersatu
dengan jiwa
dengan jasad
Demi mencapai impian
yang menemani ilham
di penjara minda.
berlalu...
Ilham terpenjara
di lubuk minda
Jiwa meronta
untuk berkisah
Akal ligat
menelusuri liku
Bersatu
dengan jiwa
dengan jasad
Demi mencapai impian
yang menemani ilham
di penjara minda.
Selasa, 9 Disember 2008
Pungguk dan Bulan
Di suatu malam yang indah
Mengadu sang pungguk pada rembulan
Kesyahduan dan kepiluan
Betapa hidupnya dirasa sia-sia
Kosong tanpa makna
Rembulan bermadah dengan sinarnya
“Tiadalah sia-sia hidupmu wahai sang pungguk
Aku kau rindui tanpa jemu singgah padamu
Aku ingin kau rindui dan kau juga merindu aku
Telah kau laksanakan keinginanmu
Takkan kekosongan memaknakan hidupmu.”
Luahan sang pungguk belum bernoktah
Berhajat terbang bebas
Di bawah sinar rembulan
Tidakkan hilang rindunya
Sang pungguk kesilauan
dek panahan sinar rembulan
Yang hadir tanpa ia menduga
Seakan amarah diundang sudah
Berarak sekumpulan awan yang tipis
Berhasil memadam amarah rembulan
“Aku tetap ingin kau rindui
Jika kau terbang bebas di bawah sinarku
Aku takut akan berkurang rindumu padaku.
Usahlah terkilan aku menghalang
Berkisahlah denganku tanpa jemu
Seperti lakumu sekian lama
Di dunia kita yang sudah lama tercipta
Dunia kau dan aku.”
Menitislah air mata sang pungguk
Bernoktah di mata
Berbuku di jiwa
Kelak sang pungguk memujuk lagi
Pilu hiba meruntun sang pungguk
Kerana dipinta oleh rembulan
Agar terus merinduinya
Walhal pungguk sentiasa merindui
tanpa kurang kerinduannya
walau sedikitpun.
Mengadu sang pungguk pada rembulan
Kesyahduan dan kepiluan
Betapa hidupnya dirasa sia-sia
Kosong tanpa makna
Rembulan bermadah dengan sinarnya
“Tiadalah sia-sia hidupmu wahai sang pungguk
Aku kau rindui tanpa jemu singgah padamu
Aku ingin kau rindui dan kau juga merindu aku
Telah kau laksanakan keinginanmu
Takkan kekosongan memaknakan hidupmu.”
Luahan sang pungguk belum bernoktah
Berhajat terbang bebas
Di bawah sinar rembulan
Tidakkan hilang rindunya
Sang pungguk kesilauan
dek panahan sinar rembulan
Yang hadir tanpa ia menduga
Seakan amarah diundang sudah
Berarak sekumpulan awan yang tipis
Berhasil memadam amarah rembulan
“Aku tetap ingin kau rindui
Jika kau terbang bebas di bawah sinarku
Aku takut akan berkurang rindumu padaku.
Usahlah terkilan aku menghalang
Berkisahlah denganku tanpa jemu
Seperti lakumu sekian lama
Di dunia kita yang sudah lama tercipta
Dunia kau dan aku.”
Menitislah air mata sang pungguk
Bernoktah di mata
Berbuku di jiwa
Kelak sang pungguk memujuk lagi
Pilu hiba meruntun sang pungguk
Kerana dipinta oleh rembulan
Agar terus merinduinya
Walhal pungguk sentiasa merindui
tanpa kurang kerinduannya
walau sedikitpun.
Jumaat, 5 Disember 2008
Malina
Penghujung Musim Luruh

Musim luruh hampir tiba ke penghujungnya. Pokok-pokok sedang bersiap menghadapi musim salji yang bakal tiba tidak lama lagi. Anak kecilku sendiri faham benar yang pokok-pokok tanpa daun, berwarna hitam di tepi jalan sedang sedia untuk tidur. Tidur lama sepanjang musim salji. Hari kesepuluh bulan November baru-baru ini, salji sudah turun buat kali pertama. Agak lebat juga salji yang turun tapi tidak lama ia kekal putih. Segera cair apabila tiba ke bumi. Di puncak Gunung Chimgan, mungkin sudah mula memutih dilitupi salji. Ketika musim panas baru-baru ini, puncak Chimgan tersergam indah. Jelas sekali keindahannya tanpa kabus mengaburi pandangan.
Langgan:
Catatan (Atom)