Jumaat, 24 April 2009

Lagman Berkuah

IMG_3590_1

Lagman yang mampu memancing selera
…ala-ala mi kuah.
Lagman, antara resipi Uzbek.
Ada daging lembu dan sayur-sayuran
seperti lada benggala, kacang panjang
tomato, dan mi home made.
Taburan ukrob atau dill
menambah lagi kelazatannya.
Saya menikmati Lagman Berkuah ini
di Halol Restoran berhampiran
Chorsu Bazaar di bandar Tashkent.

8 ulasan:

Pa'al berkata...

waahh..nampak sedapp...

hafizahiszahanid berkata...

nampak sedap, mai sepinggan!

aranam berkata...

Pena Alam,
Err...memang sedap. Sudah lebih daripada sekali saya ke restoran itu semata-mata kerana lagman ini... :)

Hafizah,
Mai la sini. Kita pekena lagman sepinggan seorang... :)

Janna Wan Muhammad berkata...

ni ha...ada orang nak mintak resepi Lagman nih...saya mmg sker mee kuah2 gini...hehehe,

Visi Sastera berkata...

aranam :)

sedap tak mee ni? Ada rasa mcm masakan melayu tak? Rindu tak masakan malaysia, bila lama2 di sana?



salam,

sifu az

aranam berkata...

Janna,
Saya tidak ada resepi lagman ni. Kalau saya masak, terjun macam mi kuah jadinya... :)

Waalaikumussalam warahmatullah, Sifu,
Lagman berkuah ni sedap. Yang penting secukup rasa...sedaplah rasanya... :)
Masakan Malaysia? bila rindu, kena masak sendiri. Yang tak boleh nak buat apa, kalau rindu masakan Mak dan Mak Mertua...kena la balik Malaysia juga, baru terubat segala rindu itu... :)

Sifu berkata...

waalaikumusallam, aranam :)

terlupa pula den tadi.. rasa mcm duduk di sebelah rumah je..

ttg lagman berkuah tu, selagi yg masak tu orang Islam, den ok je.. kat Tashkent rakyat dia kbyknya Islam ya? Ada tak makanan seperti sambal belacan atau apa2 yg pedas kat sana?

Takpelah sesekali dpt makan makanan sedap2 di malaysia.. senang diet.. senang jagi bodi.. :)

aranam berkata...

Sifu,

Di sini, majoriti orang Islam.
Mmm...sambal belacan. Ada tapi di rumah orang Melayu saja rasanya...:)

Makanan yang pedas pula... selama saya mencuba-cuba makan di luar, belum pernah lagi jumpa makanan yang pedas seperti pedas yang orang kita biasa makan. Ada juga di kalangan orang tempatan yang suka makan pedas sebenarnya.

Dan, di sini ada musimnya banyak cili api yang pedas 'power' dijual di pasar. Waktu itulah saya memborong dan ambil kesempatan menjeruk cili api.

Diet...hmm...kena makan banyak kerabulah jawabnya. Di sini banyak daging, senang sangat nak dapat. Itu yang payah sikit nak diet tu...alasan beribu, mudah nak beri kalau bab diet ni... :)