Khamis, 30 April 2009

Warna Kenangan

Color 032

Kenangan demi kenangan
Berlegar-legar nyata
Memenuhi ruang minda
Menjalar ke segenap rasa.

Hari ini
Aku terkenangkan
Semalam yang penuh tangis
Semalam yang penuh duka.

Pabila esok
Menjelang tiba
Pastilah hari ini
Juga akan menjadi semalam
Juga akan menjadi kelmarin
Saling bertindih dengan warna
yang tiada beza.

Hari ini
Yang bakal menjadi semalam
Yang bakal menjadi kelmarin
Wujud warna yang tetap serupa.

Hanya
Gara-gara aku yang
Terus tunduk pada kelmarin.

Hanya
Gara-gara aku yang
Terus akur pada kelmarin.

Hingga kelmarinku
Menguasai semalam
Hingga kelmarinku
Menguasai hari ini.

Jikalau aku terus begini
Mengenang semalam
Mengenang kelmarin
Yang saling tindih-menindih
Dengan warna yang serupa...

Bila agaknya aku mampu
Memberi warna lain
pada sebuah kenangan
Memberi makna lain
pada sebuah kenangan?


1 ulasan:

Kabasaran Soultan berkata...

Kemaren Sekarang dan Esok adalah jalan.
Jadikan hari kemaren sebagai pedoman untuk hari ini.
Jadikan hari ini sebagai pedoman untuk esok.
Jangan pernah kau penjarakan asa dan mindamu dengan hari ini apa lagi kemaren.
Selalu berjalan sesuai dengan seru dan tuntunanNYA.
Kemaren tlah Berlalu
Hari ini Rizkimu
Esok belum tentu
Esoknya lagi ..misteri