Selasa, 14 April 2009

Nasib dan Padam

Bunga dahlia disapa bayu
Gugur kelopak menimpa batu
Apalah nasib nama Melayu
Lupa lalai ditanda begitu.

Anggun bergaya lunak suara
Wajah menawan semua suka
Bangun Melayu bangkit segera
Padam gelaran aib di muka.

Aranam
April 14, 2009

4 ulasan:

Pyanhabib berkata...

cantik bait-bait di sini.

aranam berkata...

Saudara Pyanhabib,

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini...lebih daripada sekali... :)

Pa'al berkata...

aranam,

indahnya bait-bait pantun anda..

aranam berkata...

Terima kasih, Pena Alam... :)