Jumaat, 24 April 2009

Kerabu Sedap

IMG_3700

Kerabu ini sedap. Saya pasti bukan saya seorang saja yang mengatakannya sedap. Ini terbukti ketika menghadap hidangan di meja makan. Ramai yang memuji keenakannya. Dan, sekarang saya sudah terliur apabila teringatkan betapa sedapnya kerabu ini.

Minggu lepas, saya dan keluarga mengunjungi rumah seorang kenalan. Kenalan saya yang baik hati. Sempat saya bertanya tentang resepinya. Sambil menggaul kerabu itu, resepinya meluncur hinggap di telinga saya.

Ada kalanya apabila meminta resepi, kemungkinan memperolehinya sama banyak dengan kemungkinan tidak memperolehinya. Orang yang biasa meminta resepi tentu tahu bagaimana keadaannya.

Menurut beliau, bahan untuk membuat kerabu ini ialah daging yang dibakar pada suhu 180 darjah selama 15 – 20 minit, sayur-sayuran, dan sos ikan yang dicampur lemon dan gula.

Selain itu, untuk menambah keenakannya, setelah siap digaul, ditabur pula lada hitam yang ditumbuk kasar dan juga kacang goreng.

Boleh juga ditambah hirisan bawang merah (sekarang ini, di sini belum ada bekalan bawang merah), hirisan serai, dan hirisan cili api. Pun begitu, tanpa tiga jenis bahan ini, kerabu itu tetap menyengat.

***Memang sedap kerabu ini…kerabu Siam. Hmm…kenalan saya itu berasal dari Kelantan.


7 ulasan:

Kabasaran Soultan berkata...

waw ..pengen nak nyuba nih resep

thanks

btw ..aku dah balik lagi ..ngak sempat main ke toko buku.
kapan2 nak balik ke KL lagi ntuk smpatin cari buku

hafizahiszahanid berkata...

emm.. tengok gambar pun dah kecur air liur lah!

Azmah Nordin berkata...

wah, sedapnya kerabu sedap :)

azlishukri berkata...

lama tak pekena...

aranam berkata...

Bolehlah cuba resepi ni... :)
Saya pun belum mencubanya lagi. Pertama kali saya merasanya, masa di rumah kenalan tempoh hari...memang sedap... :)

Mawar berkata...

Aranam,
saya akan cuba yang ini. terima kasih!

aranam berkata...

Sama-sama, Mawar.

:)