AKSARA
Jika aku hanya aksara
yang tidak mengisi akalmu
maafkan aku.
Jika aku hanya lembaran
yang membuang waktumu
maafkan aku.
Jika aku hanya paparan
yang menyakitkan matamu
maafkan aku.
Jika aku mesti ditegur
tegurlah aku.
Moga aku sebagai aksara
dapat diterima akalmu
moga aku sebagai lembaran
dapat dihargai waktumu
moga aku sebagai paparan
dapat disenangi matamu.
ARANAM
Tashkent
Sumber Siaran : Berita Harian, April 18, 2009.
Pautan ke Berita Harian di sini.
Nota untuk Hafizah :
---> Terima kasih kerana sudi memaklumkan. Saya amatlah menghargainya... :)
11 ulasan:
Nota untuk Aranam :
Sama-sama .
Senyum untuk Hafizah... :)
tahniah! :)
Nissa' Yusof,
Terima kasih. Kita saling kenal, kan? Kenal hanya pada nama... :)
Salam. Tahniah. Munculkanlah aksara seterusnya. Barisan aksara iman tuan menyisihkan dengan lembut aksara lagha. Barisan aksara itu akan mengetuk pintu gereja. Demikian dapatan daripada diari Mary. Wallahuaklam. Wassalam.
Waalaikumussalam, Cikgu.
Terima kasih kerana tidak putus memberi sokongan dan dorongan kepada saya.
Puisi ini saya kirim kira-kira seminggu selepas puisi Cikgu, Tebarkanlah Aksaramu tersiar di Berita Harian pada Mac 28, 2009.
Tahniah buat aranam.
tulisan yang sangat bagus... bilalah aku dapat menulis sehebat ini...?
Aduhai...
Salam dari malaysia.
Aranam.. tahniah :)
akak suka sangat cara aranam menyusun kata2.. tp slalunya nanti ada je perkataan yg akak trpaksa google makna hehehe. minat tapi akak ni kurang berseni la dek.
slamat berkarya ya *hugz*
Surinit,
---> Saya juga masih belajar. Masih baru, terlalu baru. Terima kasih, Surinit...:)
Justiffa,
Akak, terima kasih. Kakak juga pandai menyusun kata...telah terbukti pun...di rumah Kakak tu... :)
Masih banyak yang perlu saya pelajari. Mujurlah, teman-teman di sini sering menghulur bantuan... :)
jika kamu hanya aksara
untuk apa aku bertandang ke sini?
jika kamu hanya lembaran
untuk apa aku habiskan waktu membacanya?
kamu memang hanya aksara
tapi aksara yg bermakna
kamu memang hanya berupa lembaran
tapi lembaran yg menakjubkan.
Sang Cerpenis,
Terima kasih ya kerana sudi mengunjungi sulapku... :)
Catat Ulasan