Jumaat, 26 Februari 2010

Sijil Besar

"Mama, kakak rasa mesti mama happy," ujar puteri sulungku sambil mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya, petang semalam.

"Mama tengoklah ni.  Kakak menang.  Sijil kakak yang paling besar.  Tiada sesiapa di sekolah yang dapat dapat sijil macam ini.  Cuma kakak seorang yang dapat," tambahnya lagi dengan senyuman yang tidak kunjung sirna.

Aku menyambut sijil yang dimaksudkannya.  

"Tahniah!" ucapku padanya sambil mengucup dahinya.

"Mama sayang kakak," tambahku lagi.

Puteri sulungku menang peraduan menulis cerita pendek.  Dia amat gembira kerana menurutnya dia menulis sebagaimana yang aku cadangkan tempoh hari.  Dia perlu menulis tentang keluarga.  Namun, saat mahu meneruskan tulisannya, ideanya terputus. 

Lalu, aku cadangkan supaya dia menulis sesuatu yang berbeza.  Aku mengingatkannya tentang peristiwa ketika air matanya menitis melihat adik bongsunya yang menangis menahan kesakitan sewaktu menerima rawatan di klinik beberapa minggu lalu.

Menurutku, dia harus menceritakan tentang perasaannya dalam cerita yang dikarangnya nanti.  Selepas bantuan yang sedikit amat itu, dia menyudahkan ceritanya dan menghantarnya pada hari berikutnya.

Semalam, aku katakan padanya bahawa aku memerlukan salinan karyanya itu.  Dan, sebentar tadi dia menghubungiku dari sekolah.  Menurutnya, karyanya akan diterbitkan dalam majalah sekolah kelak.  Jelas sekali, dia amat gembira.  

Melihat kejayaan dan kegembiraannya, aku teringat sesuatu.  Sesuatu yang sudah tertangguh hampir setahun lamanya ....
 




7 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

mungkin boleh share kat sini tulisan beliau.
keh3x .... teruja gak nak baca.


jangan tangguh2 ;D

Pa'al berkata...

wahh.. ara, nampaknya anak2 pun makin menuruti langkah ibu ni..tahniah!

aranam berkata...

Frodo,

Yang mampu dikongsi cuma sedikit ... :)


Pa'al,

Perlu ada langkah pertama walaupun kecil ... terima kasih, Pa'al ... :)

Pa'al berkata...

cute betul tulisan anak-anak ara..hihi.. :-)

kalau tgk budak2 buat show di pentas lagi, terharu kan... sampai meleleh-leleh airmata..hihihi

aranam berkata...

Pa'al,

Semuanya tulisan puteri sulung ... ;) terima kasih, Pa'al. Betul sangat. Terharu tengok anak-anak ... :)

Noraini Eslah berkata...

salam rindu aranam...
sampai juga kakak ke blog aranam...jauh! letih rasa..hehe.

tak puas borak2 di blog sastera..tu yg ke mari, canggih btul blog ara ni, lain dari yg lain.

aranam ada brapa anak smua?
mereka itu penenang hati n penyejuk mata kita kan...hilang letih lihat gelagat menghiburkan dari mereka...

aranam berkata...

Salam rindu, Kak Ummu.

Terima kasih kak kerana sudi berkunjung ke mari ... :)

Saya pernah tukar 'template' tapi balik juga pada yang biru ni, 'template' yang paling lama saya pernah guna. Rasa sayang dan teringat-ingat pula sebab tu tukar balik ke 'tanah biru'.

Anak ... kurang empat berbanding jumlah permata hati kakak ... ;)