Jumaat, 15 Mei 2009

Sifu

Sahabat-sahabat siber...ada beberapa orang yang sudah saya ajak untuk berguru dengan Sifu Azmah Nordin, yang saya panggil Sifu sahaja.

Soalan pertama saya kepada mereka lebih kepada soalan yang perlu mereka tanyakan pada diri sendiri. Minat ataupun tidak. Jika tidak pandai tetapi minat, tidak ada masalah kerana ilmu itu boleh dipelajari. Jika tidak pandai dan tidak minat, saya tidak akan memaksa.

Cuma saya sering menyarankan agar mereka melihat-lihat dulu dan boleh berfikir-fikir lagi sama ada minat mereka terhadap penulisan, wujud ataupun tidak. Langkah seterusnya, merekalah yang akan memulakannya.

Kenapa saya mengajak mereka?

Saya mengajak mereka semata-mata untuk menunjukkan laluan mudah kepada mereka. Laluan yang saya lalui tidak mudah. Laluan yang pernah saya lalui untuk mencari seorang guru tidak mudah. Ada banyak perkara yang perlu saya pertimbangkan. Saya pasti, semua orang akan mempertimbangkan banyak perkara. Disebabkan hal itu jugalah, langkah yang saya sebut itu mesti diorak sendiri.

Dengan tanggungjawab yang saya pikul, menghadiri bengkel ataupun pertemuan-pertemuan penulis merupakan kekangan paling besar bagi saya. Tidak pernah mudah sejak dulu hinggalah sekarang ini.

Jadi, sumbangan saya yang sedikit dalam memaklumkan jalan yang ada diharap dapat membantu sahabat-sahabat sekalian.

Buat sahabat-sahabat yang sudah bertemu jawapan kepada soalan yang saya berikan, tahniah kerana sudah mengorak langkah!

Buat sahabat-sahabat yang masih tercari-cari, Sifu menanti kalian di blog beliau.


5 ulasan:

hafizahiszahanid berkata...

tak ajak saya pun :P

aranam berkata...

Hafizah,
Dengan rasminya saya menjemput anda. Marilah ke blog Sifu...:)

Tapi, saya segan menjemput anda kerana...anda tahu sebabnya... :)

cikpuanpijan berkata...

sis, terima kasih mengajak saya..tergamam juga bila di tanya minat menulis tak? hehe menulis carca marba boleh la..Insya-Allah saya akan cuba belajar...belajar menulis secara lebih tersusun...

Unknown berkata...

Saya pula mencari-cari nombor telefon Puan Azmah Nordin.

aranam berkata...

Sdr. Anuar,
Sila ke blog Sifu dan cuba dapatkan daripada beliau. Cara paling mudah supaya Sifu 'nampak' anda ialah dengan meninggalkan pesan di 'shout box' atau meninggalkan komen pada masukan terkini.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke M.I... :)