Jumaat, 15 Mei 2009

'Reunion'

Entri kali ini, berkali-kali ingin saya mulakan. Beberapa kali terhenti gara-gara perkataan 'akan 'yang mesti saya masukkan. Akhirnya, saya mengambil keputusan, menggunakan juga perkataan 'akan' ini.

Kurang tiga minggu dari sekarang, kaki saya akan memijak tanahair tercinta, Malaysia. Kurang tiga minggu dari sekarang, saya akan menemui insan-insan yang telah berbulan-bulan saya rindui. Kurang tiga minggu dari sekarang, saya akan menemui sahabat-sahabat lama yang memang sudah lama tidak pernah saya temui.

Membayangkan bertemu mereka membuatkan saya sedikit gusar. Gusar apabila pertanyaan silih-berganti memenuhi benak sendiri. Sehingga ada waktu-waktunya, saya sendiri mahu menukar lampu kuning yang saya ada itu kepada warna merah. Aduh, saya sedar yang saya tidak seharusnya dikalahkan oleh kegusaran yang melanda tanpa diundang itu!

Akhirnya, saya dengan senang hati dan lapang dada mengambil keputusan untuk tidak mengubah warna lampu yang kini berada dalam genggaman saya, hijau!

Sebenarnya, mereka belum tahu yang saya akan menampakkan diri. Sang naga yang bertapa sejak sekian lama akan memunculkan diri akhirnya. Oh, saya sering terlupa tentang ini kerana saya sering 'terperasan' bahawa yang naga itu, cuma saya.

Dan, perkara ini juga sering menjadi modal gurauan saya. Sebenarnya, kami semua dilahirkan pada tahun naga. Paling lama saya tidak bertemu dengan naga-naga yang pernah saya kenal ini, enam belas tahun lamanya.

Mereka belum tahu yang saya akan hadir kerana saya belum memberitahu. Setakat yang mereka tahu, saya sudah mendapat lampu kuning. Lampu kuning saja sejak beberapa minggu yang lalu.

Sesudah meminta keizinan daripada sahabat karib saya, peluang ini saya gunakan untuk memaparkan maklumat tentang aktiviti reunion yang bakal diadakan pada Jun 7, 2009.

Dalam M.I ini, saya mengambil kesempatan untuk memaparkan sebahagian daripada teks sms yang saya terima daripada beliau beberapa hari yang lalu.

"Aku akan masukkan maklumat tentang reunion ni dalam blog aku apabila aku sudah dapat lampu hijau," lebih kurang begitulah bunyi sms saya kepadanya.

Sahabat karib saya itu ada menghantar sms tentang reunion yang sudah saya sebutkan tadi. Teks sms beliau berbunyi lebih kurang begini...

Salam buat semua kawan-kawan yang dikasihi...sms ini untuk reminder jak 4 our reunion nanti.

Tarikh : 7hb Jun 2009
Tempat : Pacific Sutera, Kota Kinabalu.
Masa : 2.30 petang sampai penat.
Tema : Hitam dan Putih
E-mel : ilya192@hotmail.com (Puan Odiah Untong atau di kalangan teman-teman, dipanggil...izzy)


2 ulasan:

Qalaysiz koyla! berkata...

aranam, seronoknya nak balik msia....jeles nih!

aranam berkata...

Qalaysiz koyla!
Nak panggil apa ek... :)
Tak lama lagi, giliran tiba juga tu... :)