Khamis, 7 Mei 2009

‘Spring Bazaar’

Gambar-gambar di bawah ini dirakamkan pada hari Sabtu, Mei 2 di TIS. Spring Bazaar, aktiviti tetap yang diadakan pada setiap awal bulan Mei. Suasananya yang begitu santai, memberi peluang kepada pengunjung untuk beramah mesra; sama ada yang sudah lama kenal ataupun yang baru kenal.

Komuniti Malaysia yang ada di Tashkent, tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Spring Bazaar ini. Di samping itu, ruang ini digunakan untuk mengeratkan hubungan yang sudah sedia terjalin dari sesi kunjungan ketika hari raya atau program makan-makan yang lain sebelum ini.

‘Meja Malaysia’ menyediakan jualan seperti mi goreng, kuih lapis, kuih cara, keropok ikan, cucur pisang dan cucur bilis bersayur. Program bermula pada jam 10.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 3.00 petang. Semua jualan di ‘Meja Malaysia’ habis pada jam 12.00 tengahari.

IMG_3850
Pelanggan pertama yang membeli cucur bilis bersayur.

IMG_3852
Kakak yang rajin menjaga jualan, sejak mula hingga akhir.

IMG_3857
Sesi mengira Soum, bukan RM.

IMG_3867
Antara pengunjung yang datang.

IMG_3874
Wanita Uzbek yang menjual produk Uzbek. Kain suzane.

IMG_3900
Komuniti Korea yang berjiran dengan ‘Meja Malaysia’.

IMG_3907
Kopi segera percuma untuk semua.

IMG_3925

Pelanggan terakhir yang membeli cucur bilis bersayur.


4 ulasan:

Pena Alam berkata...

wow..meriahnya bazaar ini. paling menarik, wajah-wajah putih gebu orang-orang di sana. tp yg mana satu aranam ni? ..tahniah kerana perkenalkan makanan kita pada dunia. paling pa'al suka bila aranam blend 'depa' dengan 'nda'..hehehe..anyway,syabas aranam n d gang!

aranam berkata...

Terima kasih, Pa'al. Blend 'depa' dengan 'nda'...begitulah... :)

kakchik berkata...

cantik kain Suzane tu...hari tu masa perwakilan uzbek datang berforum ke Malaysia, ada depa jual selendang tapi mak oiii mahal giler...termati hajat saya nak memakai selendang uzbek...

aranam berkata...

Setuju, Kakchik. Kain suzane memang cantik. Selendang? Kain adras? Berapa harganya? Boleh juga saya bandingkan dengan harga di sini... :)