Khamis, 7 Mei 2009

Sahabat Karib

Sahabat. Sahabat karib. Rupa-rupanya saya ada. Selama ini, saya tidak sedar yang saya sebenarnya memiliki sahabat karib. Entah kenapa. Kenapa saya boleh terlupa yang saya sebenarnya memiliki mereka.

"Kita ni, sahabat baikkah?" saya memberanikan diri bertanya soalan berisiko seperti itu.

"Kenapa tanya begitu? kau lupakah kita ini sahabat baik?" soalan berbalas soalan itu membuat hati saya sedikit kecut.

"Nda. Aku saja jak tanya," begitu saya menjawabnya.

Ada dua orang yang saya tanya soalan berani mati itu. Seorang saya tanya lewat sms manakala seorang lagi saya tanya lewat ym. Kedua-duanya memberi pengakuan bahawa saya ini adalah sahabat karib mereka. Dan, saya percaya.

Apabila saya cuba menarik ingatan dan kenangan yang telah lama tenggelam di benak, saya berjaya. Itulah yang membuatkan saya percaya. Ya, mereka memang pernah menjadi sahabat saya. Sahabat yang paling akrab. Saya terharu. Sungguh.

Saya tertanya-tanya sendiri. Bagaimana saya boleh berfikir bahawa selama ini, sahabat karib, tidak lagi saya miliki. Adakah mungkin kerana ketidakakraban yang wujud sejak sekian lama telah menyebabkan saya berasa demikian? Adakah ketidakakraban itu telah menindih rasa keakraban yang pernah kami nikmati?

Ya, memiliki sahabat karib merupakan suatu nikmat. Nikmat yang indah kurniaan Ilahi. Alhamdulillah...saya bersyukur kerana akhirnya saya punya sahabat. Sahabat karib yang saya sangka, saya tidak punya. Mungkin saja, masih ada lagi beberapa nama yang tenggelam di benak saya. Saling bertindih dan bersembunyi jauh di dasar minda sedang menanti untuk saya tarik naik ke permukaan agar jelas kelihatan.

5 ulasan:

Sifu berkata...

tulisan yg menyentuh perasaan ini, aranam :)

Pa'al berkata...

aranam,

bahagia btul bila punya sahabat karib..

saya ada sedikit saja. sedikit namun mereka sahabat2 yang terhebat!

aranam berkata...

Sifu
Kebenaran yang membuka mata hati, rasa, dan minda seorang aranam... :)

Pa'al
Sahabat karib memang bisa membahagiakan. Sedikit lebih baik daripada tiada langsung. Ada dan tiada, rasanya memang berbeza... :)
Alhamdulillah...dari tiada, kini saya ada... :)

hafizahiszahanid berkata...

Kadang-kadang sahabat tersembunyi di balik kawan dan kenalan. Hanya bila kita dalam kesusahan barulah kita ternampak sahabat itu.
Sahabat baik saya sudah dua tahun 'hilang' di London. Seorang lagi 'hilang' dalam kemelut hidup di Kota Bharu :D . Hanya tinggal seorang kerana dia bertugas di Putrajaya.
Saya tidak tahu adakah mereka berdua yang hilang itu masih boleh dimasukkan dalam senarai sahabat karib ... hahahahah

aranam berkata...

Hafizah,
memberi ruang untuk sahabat baik bernafas dalam ruangnya sendiri, juga sumbangan paling bermakna daripada seorang sahabat baik.

Setuju sekali. Kadang-kadang sahabat baik tersembunyi di balik kawan dan kenalan. Seolah-olah kita saling memiliki jenis yang ini, kan... :)