Khamis, 7 Mei 2009

‘May Fest’

Di bawah ini pula, gambar-gambar yang diambil pada hari Ahad, Mei 3, di TUIS.

Konsep May Fest di TUIS berbeza daripada Spring Bazaar di TIS.

Menu 'Meja Malaysia' cuma nasi lemak dan karipap ayam. Tidak mudah mahu merealisasikan menu nasi lemak itu kerana majoriti orang-orang di sini tidak makan pedas.

"Kesian depa," bantah belahan jiwa saya.

"Nda apa la. Kita bagitau siap-siap, sambal tumis tu pedas. Kalau rasa sanggup, biar jak la depa cuba," kata saya.

"Ok la. Kita buat nasi lemak bungkus," ujar belahan jiwa saya. Persetujuan itu begitu menggembirakan saya. Sebenarnya, sejak tahun lepas lagi, saya sudah mencadangkan menu ini. Tapi, bungkus?

"Err...nasi lemak bungkus...hidang nda boleh?" saya mula ragu-ragu sebab saya tidak tahu membungkus nasi lemak.

"Bungkus-membungkus jangan risau," ujarnya. Kelihatan begitu yakin.

"Tahukah bungkus nasi lemak?" keraguan saya masih belum hilang.

"Insya-Allah. Boleh..." akhirnya, saya lega. Saya tahu, kalau tidak boleh pasti awal-awal lagi sudah menolak. Pasti awal-awal lagi cadangan membungkus itu tidak timbul.

Segala-galanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang memberi sokongan kepada kami. Terima kasih banyak-banyak.




IMG_4102 Pesta Makanan sepatutnya diadakan di sini. Disebabkan hujan, aktiviti makan-makan berlangsung di dalam bangunan sekolah.




Science Fair

IMG_3991 IMG_3992 IMG_3993 IMG_3995

IMG_3994

IMG_3996




Makan-makan

IMG_4009Menanti jam 11.00 pagi. IMG_4001Pelajar dari Afghanistan.IMG_4013 Berkisah tentang nasi lemak.
Kenalan dari India ingin tahu.IMG_3985 Menu di sini ialah nasi lemak bungkus
dan karipap ayam.

IMG_4029 Kawan yang datang memberi sokongan.IMG_4032 IMG_4035“Makan!” IMG_4036IMG_4037 IMG_4039 IMG_4041 IMG_4047 IMG_4049 IMG_4053 Pasangan muda yang menemani kami
sehingga aktiviti makan-makan tamat.IMG_4055 “Mahu nasi lemak lagi satu…bisa nggak?”IMG_4056”Sila…sila…mahu lebih juga bisa.” IMG_4060“Apa di dalam bungkusan ni?”
mungkin itu yang sedang mereka fikirkan. IMG_4061Kawan-kawan yang sudi datang.
Terima kasih banyak-banyak. IMG_4074Nasi lemak terakhir untuk ibunya. IMG_4075 Mahu mencuba nasi lemak.
Saya fikir, terlalu pedas untuknya.IMG_4092 Jiran ‘Meja Malaysia’, dari Jordan.IMG_4103Aktiviti berakhir.
Terima kasih kerana sudi datang.

5 ulasan:

Janna Wan Muhammad berkata...

wah...byk nyer gambar2..! nam,kalau kat tempat saya Nasi Lemak mmg di jual bungkus dalam kertas....ada lagi nasi dagang,nasi belauk, nasi kerabu...sumer bungkus dalam kertas..hehehe....ish..lama pulak tak makan nasi lemak.....

Shasha berkata...

meriahnya komuniti Malaysia di sana...

aranam berkata...

Janna
Nasi kerabu, nasi dagang...saya suka. Teringat masa di Kerteh, selalu beli nasi kerabu. Kadang-kadang ke Paka, beli nasi dagang.

:)

Kakchik
Alhamdulillah...keakraban itu wujud.

:)

Hasyuda Abadi berkata...

Mendengar nasi kerabu...itu hanya ada dibazar Ramadan di KK ni terutama di Bazar Asia City...3 bulan nanti baru dapat rasa...masa di Kuala Terengganu ketika PR Kecil baru-baru merasa juga nasi kerabu di sana. Jauh lebih murah berbanding di KK.

aranam berkata...

Tuan Hasyuda Abadi,
Setuju. Makanan di Terengganu jauh lebih murah berbanding di KK... :)