Beberapa hari lepas, saya mengambil gambar beberapa item yang mahu saya jual. Semasa menetapkan harga yang saya fikir patut, anak perempuan saya menjadi pemerhati. Sehinggalah bertubi-tubi soalannya tiba. Semuanya harus saya jawab. Selesai sesi soal jawab maka keluarlah kenyataan yang menarik perhatian saya.
Kata anak perempuan saya, "Mama, kalau jual barang, mesti ada untung. Tidak boleh rugi."
Serentak itu juga saya teringat. Pernah sebelum ini, buah hati saya yang berumur sepuluh tahun itu ada menunjukkan wang kertas yang memenuhi poket baju kurungnya. Saya tanya dari mana datangnya duit itu.
Katanya sambil tersenyum lebar, "Projek kelas. Ini untung yang adik dapat. Adik cuma tolong jual barang."
Mengingat kisah itu, saya tersenyum memandangnya yang masih lagi nampak musykil.
~ Mama tahu sayang mama betul. Jual barang mesti untung. ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan