Khamis, 27 Ogos 2009

Nisholda


Hari keenam Ramadhan...musim panas kian berlalu.

Tiada pasar Ramadhan. Tiada jalan sesak hingga memaksa kita berbuka puasa di dalam kenderaan. Kami iftar dengan menu yang ala kadar sahaja. Tahun ketiga menyambut Ramadhan di sini, baru semalam kami sekeluarga mencuba 'nisholda' yang menurut penduduk di sini, sering ditunggu-tunggu setiap kali menjelang bulan yang mulia ini. Warnanya putih dan rasanya manis. Nisholda...yang terkandung di dalamnya antara lain yang saya tahu ialah putih telur dan gula yang dipukul sehingga kembang. Kami makan nisholda bersama roti non yang dibakar di dalam tandir. Nisholda dan 'meringue' nampak macam adik-beradik. Mungkin juga memang serupa dan sama tetapi dikenali dengan nama yang berbeza.

Roti non dan nisholda

Nisholda

7 ulasan:

Pena Alam berkata...

ya la ara, kedengaran betul mcm meringue, tp cantik plak nama tu.. mcm nama org :-)

Justiffa berkata...

Mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat berpuasa & menghiasi ramadhan kpd aranam & keluarga :)

aranam berkata...

Pa'al,
Ya...macam nama orang... :)

Justiffa,
Terima kasih. Selamat berpuasa untuk Kakak dan keluarga juga... :)

Fizahanid berkata...

Nam, tiada gambarkah? :P

aranam berkata...

Fizah,
Maaf ya ...kali ini tiada gambar... :)

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Salam.

Nisholda - kosa kata baharu untuk saya. Terima kasih kerana sedia berkongsi maklumat. Selamat meneruskan puasa.

Wassalam.

aranam berkata...

Salam, Cikgu.

Terima kasih. Selamat meneruskan puasa untuk Cikgu juga.