Musim bunga sudah tiba. Gambar di bawah menunjukkan suasana berkabus pada hari kesembilan dalam bulan April baru-baru ini.
Bunga di atas ini, harum baunya.
Beberapa orang tempatan sedang berniaga.
Kura-kura dan burung-burung cantik berwarna-warni pun ada dijual.
Wanita ini, malu-malu semasa gambarnya saya ambil. Sungguhpun malu-malu tetapi saya yakin dia menyukainya.
Di bawah ini pula, gambar-gambar yang sempat saya ambil dalam misi mahu membeli beberapa pokok bunga mawar untuk ditanam di tanah yang sekangkang kera.