Selasa, 2 Mac 2010

Rindu

"Ma, kakak nak tengok tv, boleh tak?" tanya puteri sulungku.

"Boleh.  Tapi, jangan lupa ... bila kita balik nanti, perlu kurangkan aktiviti menonton tv.  Bukan sikit, banyak tau!" aku sengaja berkias kata.  Sambil berharap ada soalan selanjutnya daripada puteri sulungku.

"Kenapa ma? Kenapa kakak tak boleh selalu tengok tv?" tanyanya lagi.

"Nak tahu kenapa?" aku sengaja menjawab tanya dengan tanya juga.

Anggukannya dan renungannya, benar-benar mengharap jawapan dariku.

"Sebab ... kakak dan adik-adik perlu belajar banyak perkara.  Antaranya, bahasa.  Bahasa Melayu," jelasku padanya.

Dia mengangguk tanda faham.  Aku sedar, anak-anakku sudah mula rindu mahu berada di tanahair sendiri.  Pada masa yang sama, aku mahu mereka tahu dan bersedia dari sekarang kerana ada tanggungjawab menanti saat rindu mereka terhadap tanahair terlerai nanti. 

Ya Allah ... permudahkanlah. 

2 ulasan:

JHaZKiTaRo berkata...

:) moga dipermudahkan Allah.. salam kunjung dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking mengisi masa terluang.. ada kelapangan, jemput singgah ke blog hamba.. :)

aranam berkata...

Jhazkitaro,

Terima kasih atas kunjungan dan doa. Saya sudah singgah ke blog tuan ... :)