Si Bulat Yang Manis
Beberapa minggu lepas, ada permintaan dari buah hatiku. Minta dibikinkan sedikit Macaron Coklat supaya dapat merasa. Tidak perlulah berwarna-warni. Macaron Coklat sahaja pun, cukuplah katanya. Sebelum ini, pernah berhajat membeli di kedai. Sudahnya tidak juga dibeli-beli. Belum pernah merasa tapi hati sudah terpikat. Keinginan mahu merasa semakin kuat. Daripada gambar-gambar yang terpampang ataupun produk yang siap sedia, semuanya berwarna-warni. Warna itulah yang menambat hati, mungkin.
Dua tiga hari lepas, buah hatiku demam. Oleh kerana bahan-bahan untuk membuat Macaron Coklat ini sudah sedia ada maka bermulalah projek membuat Macaron Coklat. Ah, kecewa! Lebih banyak tak jadi berbanding yang jadi. Memadailah dulu. Asal dapat merasa. Asal hajat tercapai.
Kufikir, takkan ada permintaan untuk membuat Macaron Coklat itu sekali lagi. Macaron Coklat yang tak jadi itu semasa dimakan panas-panas, rasa manisnya buat kepalaku berdenyut-denyut. Tentu tidak ada permintaan lagi. Cukuplah.
Sangkaanku meleset. Buah hatiku membawa pesan. Kawan-kawan sekolahnya mahu juga ikut merasa. Minta dibawakan ke sekolah besok pagi. Sangka mereka Macaron Coklat yang kubuat itu banyak. Banyak tak jadi daripada jadi sebenarnya.
Untuk tidak menghampakan insan-insan yang menaruh harap, aku mencuba lagi. Kali ini banyak jadi berbanding tak jadi. Lega!
Resepi Si Bulat Yang Manis ... selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan