Ahad, 10 Februari 2013

Malam Tahun Baru

Kira-kira pukul sebelas malam tadi, saya sekeluarga bertembung dengan situasi yang sangat tidak menyenangkan. Kami baru saja selesai memenuhi undangan majlis perkahwinan di Bukit Kiara. Sebelum balik, kami sengaja menuju ke pusat bandaraya sekadar ingin menikmati suasana malam menjelang tahun baru Cina. Ketika melalui jalan menghala ke Traders Hotel, ada keriuhan di hadapan yang menarik perhatian kami. Seorang wanita yang kelihatan seperti warga asing sedang mengalami situasi cemas. Beliau menjadi mangsa peragut! Kami dapat melihat dengan jelas kelibat seorang lelaki berbaju hitam, berseluar hitam dan bertopi sedang berlari agak jauh ke hadapan. Kami dapat melihat dengan jelas dia sedang memegang beg tangan bertali halus panjang ketika dia berhenti berhampiran dengan lampu isyarat. Kami cuba mengejar sambil membunyikan hon bertalu-talu. Malangnya, peragut itu dapat meloloskan diri melalui lorong gelap berhampiran Traders Hotel menuju ke KLCC Park. Hasrat ingin menikmati suasana malam di sekitar KLCC pun terbantut ....

2 ulasan:

Ummi Amirah berkata...

As salam Aranam :)
Alahai, masalah peragut beg lagi! Akak pernah alami, bukan diragut tapi dipotong talinya tanpa disedari dari belakang, dihimpit ketika membeli goreng pisang di gerai tepi jalan. Kini kalau perlu berjalan di tengah kota, pakai sling bag masuk bawah tudung atau masuk dompet kecil dalam poket je.

aranam berkata...

Waalaikumussalam kak :)

Macam-macam cara orang buat jahat. Berani sungguh! Malam tu kan kak, anak2 pun ada sekali dalam kereta. Masing2 terkejut tengok kejadian tu.