Selasa, 7 Ogos 2012

Intonasi

Di mana-mana pun, apabila berurusan seelok-eloknya saling menghormati. Bukannya bercakap ikut sedap mulut saja. Intonasi perlu dijaga. Biar seribu manusia mengatakan ataupun mengakui bahawa intonasinya lazim berentak kasar, tidak semua orang akan menerima bulat-bulat setiap perakuan lebih-lebih lagi jikalau hati sempat terguris dek kelancangan menyusun kata. Ah! Sempat mataku membaca tanda namanya. Kerani. Tidak mengapalah. Besar kemungkinan gedung perniagaan itu kekurangan staf langsung dia ditugaskan di kaunter bayaran berurusan dengan para pelanggan. Cukuplah sekali itu berhadapan dengan dia. Buat hati menggigit-gigit. Buat hati rasa kurang selesa. Biar sudah berhari-hari berlalu tapi sayang kesannya masih sangat terasa lagi. Aduhai!

1 ulasan:

Mohd Isa Abd Razak berkata...

Adakalanya saya menyalahkan diri sendiri yang terlebih peka. Benarkah saya bersalah kerana terbawa-bawa oleh kebiasaan sebagai guru Bahasa Melayu yang pernah mengajarkan intonasi? Luahan lama di sini saya kongsikan kembali: http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/search?q=hanya+apa+itu Alhamdulillah. Wassalam.