Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Hari Ibu

Ibu,
nantikan kami
kita cipta lagi
tawa bersama
saling melerai
rindu yang amat.

Moga esok
segala mimpi dan
segala harapan
yang pernah hidup
dalam kelmarin kita
... bisa jadi nyata.

Sesungguhnya
Dia Maha Mendengar
Lagi Maha Mengetahui
betapa dalam diam
kita saling menganyam rindu.

Selamat Hari Ibu ....

1 ulasan:

Ummu Anas berkata...

Salam Aranam,
Tentu sudah bahagia kini,bah..dapat ketemu ibu yg sgt2 dirindui. paling indah jika dpt mencicipi masakan ibu yg sgt digemari...mmg tiada taranya walau trhidang di restoren trkemua, yg trhidang di mangkuk anti ibu, itu yg paling lazat!