Selasa, 19 Januari 2010

Kutemui, Dia

Semalam
dalam kebersendirianku
aku teringatkan dia.

Sesudah sekian lama
musim berlalu
sebentar tadi
kutemui dia.

Dia hadir
dengan wajah malah
dengan jiwa yang berbeza.

Sesungguhnya
Dia Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.

Kupanjatkan syukur
ke hadratMu, ya Ilahi
keranaMu
kutemui, dia.




1 ulasan:

valentine berkata...

Penemuan yg tidak disangka..dunia mungkin luas..dimana pun berada..hujung dunia sekali pun..akan bertemu jua..andai itu la takdir pertemuan.. :)