Khamis, 28 Mei 2009

Sepi dan Sepi Lagi

...MI sepi sehingga penghujung bulan Julai 2009...

Jika ada sebarang pesan, sila tinggalkan di ruangan komen.

Terima kasih.

Terima Kasih Khusus Buat Kalian

Sebelum menyepi buat seketika, kesempatan yang ada ini, ingin saya gunakan untuk mengucapkan terima kasih buat teman-teman seramai tiga puluh lima orang yang sudi mengikuti Menelusuri Ilham. Dan, jika bertambah sepanjang ketiadaan saya di sini, pun...saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Terima kasih kerana sudi mengikuti Menelusuri Ilham.


Rabu, 20 Mei 2009

Sampan Kertas

Bagai sampan kertas
teroleng-oleng sendirian.

Hendak ke tepian
tiada upaya
sekadar menanti
kertas bersatu
dengan lautan
dan terus-terusan
terapung-apung
sebagai kertas
bukan lagi sampan.