Khamis, 16 Jun 2016

Tabur

Di manakah letak
nilai keikhlasan.

Pada lembut lidah
menggemalai kata, atau
pada tulus hati
melupakan taburan budi.

Menabur budi
mengharapkan balasan
wajarkah demikian...

16062016
New Cairo


Sabtu, 11 Jun 2016

Jauh

Ramadan ini
kukira
telah tiba detiknya
untuk aku berlalu
menjauh.

Izinkanlah
kusaksikan
keriuhan
di sekelilingmu
dalam diamku.

Kudoakan
kejayaan
kan menjadi
milikmu jua.

New Cairo
11 Jun 2016