Isnin, 23 Februari 2009

Senyum, Buku, dan Terima Kasih


Redup mata penuh rahsia,
Sambil menghulur sekuntum bunga,
Ole-ole dibawa dari Malaysia,
Senyum terukir sampai ke telinga.

Jalan-jalan sampai ke Kedah,
Sambil mencari daun turi,
Sebaris buku tersusun indah,
Terkandung ilmu untuk ditelusuri.

Air diminum sesudah makan,
Disambung kerja mengetam padi,
Terima kasih saya tujukan,
Buat tuan yang berbudi.

3 ulasan:

  1. hhe..sy blm kenal ko. tapi harap2 kita kenal satu hari nanti. selamat kita berblog. komen dan pandangan ko amat diperlukan dalam blog sy. tq

    BalasPadam
  2. ada budi dan ada talas
    dimasak jadi makaman orang
    orang berbudi dan lagi cerdas
    tempatnya pasti disayang orang

    BalasPadam
  3. Junid Bin Gunsalam
    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Menelusuri Ilham.

    KABASARAN
    Kalau kita disayangi orang memang amat menyenangkan...Terima kasih kerana sering berkunjung ke sini.

    BalasPadam